Sunday 30 January 2011

Sejarah Tak mungkin Berulang.....

From Ghost House... To Bird House...

Dulunya rumah kedai ini merupakan sebuah kedai hardware yang beroperasi dengan baik..tetapi akhirnya kisah disebaliknya terbongkar juga dan meninggalkan rumah ini dengan kisah yang sedih sekali...hampir 5 tahun lebih rumah ini ditinggalkan begitu sahaja oleh tuannya....tetapi tahun 2010 membawa sedikit keceriaan apabila rumah ini yang dahulunya ditinggalkan seperti 'rumah berhantu' telah bertukar wajah...semuanya gara-gara tuannya yang telah terdetik untuk mengrenovate rumah kedai ini menjadi rumah burung...jika anda penah melalui jalan jitra-kodiang anda akan terpandang rumah kedai + bird house ini yang letaknya di hadapan lampu isyarat di kampung coconut island...hehehehe...

kaedah open roof digunakan bagi mengelak menerima aduan bunyi bisingnya nanti kerana lokasinya yang dikelilingi oleh penempatan kampung-kampung disekelilingya

dua tingkat di atasnya bertukar menjadi BH tetapi ruangan bawahnya masih dibuka untuk disewa....

setelah diberi nafas baru oleh taukeynya.....siap di cat sekali tu...tahniah kepada tuannya....

bakal beroperasi sepenuhnya pada awal bulan 2...lokasi : kg coconut island...hehehe

setelah beroperasi kelak BH ini bakal menjadi BH yang ke Tiga dibina di lokasi yang sama..dua lagi BH jaraknya hanya 800 meter sahaja dan telah beroperasi hampir 3 tahun serta mampu harvest hampir 3 kilo sarang burung walit ini..sebuah lagi BH yang ke Empat juga sedang didirikan di lokasi yang sama dan akan dipostingkan juga oleh saya nanti...apapun anda yang membuat pilihan..pilihlah cara yang tidak mengganggu ketenteraman penempatan disekeliling..tahniah kepada taukey BH ini.....swiftlet-zone 4 all...mesti mari... 

Saturday 29 January 2011

Hexagon Tweeter Dan Fungsinya...

hexagon tweeter can attract more bird ????

selalunya tweeter jenis ini diletakkan di atas bumbung ataupun di atas monkey house BH....

telah bukti keberkesanannya...gambar ini menjadi saksi....

Telah menjadi trend kini apabila membina BH ramai yang telah menambah hexagon tweeter sekali di atas monkey house ataupun bumbung BH..ramai yang beranggapan jika diletakkan tweeter jenis ini burung akan lebih suka mengunjungi BH kita...erm...hal ini memeng terbukti apabila suatu hari saya telah melalui kawasan berdekatan Tandop Kedah...di situ telah ada kira-kira 5-6 buah BH tetapi 5 buah BH tersebut tidak mempunyai tweeter jenis ini sedangkan sebuah BH telah mengggunakan idea ini..terkejut saya apabila sebuah BH ini telah berjaya mengalahkan 5 buah BH yang lain dalam bab burung datang melawat ke BHnya...saya lihat ribuan sang walit ini mengelilingi tweeter hexagonnya...woww...satu pemandangan yang terbaik tetapi sayangnya saya tidak membawa kamera untuk diambil gambar dan berkongsi di sini...

Tetapi harus diingat bahawa jika anda memasang tweeter hexagon ini di atas monkey house anda adalah seeloknya tidak terlalu tinggi..lebih kurang 3-4  kaki sahaja dari lubang masuk (enterance hole)..ini kerana jika terlalu tinggi dipasang maka sang walit ini hanya akan mengelilingi hexagon tweeter itu sahaja dan tidak akan turun masuk ke dalam BH pula...jika ini terjadi membazir je lah anda memasang tweeter hexagon ini..dapat menarik ribuan sang walit tetapi seekor pon tak mahu menjengah ke dalam BH anda...

Tweeter jenis ini juga seeloknya dipasang kepada Bh yang berjauhan dengan rumah penduduk atau masyarakar..hal ini kerana teeter jenis ini akan mengeluarkan bunyi sang walit ini disekeliling BH anda..jadi jika ade penenmpatan di sekitar BH anda adalah lebih baik tidak dipasang tweeter jenis ini ataupun jika nak dipasang juga gunalah volume yang kecil sedikit...semua orang mengejar emas putih ini tetapi janganlah kita menjadi salah seorang yang hanya pentingkan diri sendiri dan berfikiran  seperti matlamat menghalalkan cara...semua orang hendak hidup dengan aman dan tenteram kan...janganlah kita meragut semua itu demi kepentingan diri...everyone can fly but always thinking about it....swiftlet_zone 4 all.....layan jer....

Thursday 27 January 2011

Soalan Dan Jawapan : Sup Dan Air Sarang Burung

halaman akhbar lama....ruangan tanyalah ustaz...

sup sarang burung ni...ermm sedapnya...
 
sekadar gambar hiasan...

Soalan dari seorang sahabat : Saya ada kemusykilan berkenaan sarang burung layang-layang (walit). Apa yang saya ketahui dan pernah dengar sarang burung layang-layang adalah haram dimakan oleh orang Islam. Baru-baru ini saya ke rumah kawan dan kebetulan dia menjamu saya dengan sup sarang burung dan air sarang burung layang-layang bercampur dengan ginseng. Saya terkejut dan bertanya boleh ke orang Islam makan sarang burung layang-layang dan beliau menjawab tidak menjadi kesalahan. Jiran yang selalu datang ke rumahnya juga dihidangkan sarang burung layang-layang selalu (untung jirannya tu kan..hehehehe). Persoalannya adakah sarang burung layang-layang dibenarkan dalam Islam. Jika diharamkan apa yang perlu saya lakukan kerana saya sudah memakannya.

Jawapan Uztaz tersebut : Merujuk kepada persoalan memakan sup dan air sarang burung layang-layang berpandukan satu Fatwa iaitu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bil. 8/79/2007 membuat keputusan sebagaimana berikut. "Hukum memakan sarang burung layang-layang adalah Harus". Oleh itu saudara tidak perlu khuatir untuk memakan sup dan air sarang burung tersebut..

Jadi, janganlah kita ragu-ragu lagi dalam soal ini. Majlis Fatwa Kebangsaan dah pun membuat keputusan tersebut dan marilah kita bersama-sama menceburi industri sarang burung ini yang diketahui banyak dipelopori dan diketuai oleh kaum tertentu sahaja..swiftlet-zone 4 all...mesti mari...

Nik Aziz Dan Sarang Burung Walit....

Salah Satu Amalan Sehariannya......

sumber: waletpark
Anda lihatlah sendiri...Tok Guru Nik Aziz sendiri amalkan memakan sup sarang burung ini setiap kali waktu sarapan ataupun sebelum tidur...jadi kita janganlah ragu-ragu lagi tentang kebaikan kesihatan yang banyak diperolehi daripada sarang burung ini...Kerajaan Negeri Kelantan sendiri telah menyokong usaha dalam meningkatkan industri ini...Contohnya akan terbinanya kawasan ekopark sang walit ini di Kota Bharu...kepada semua pengusaha industri sarang burung ini yang telah berjaya maka disyorkan supaya tidak menjual sepenuhnya sarang burung terbabit tetapi juga disimpan untuk dibuat sup sarang burung bagi santapan ahli keluarga yang lain agar semuanya mendapan kesihatan yang terbaik...janganlah mengejar keuntungan semata-mata...kesihatan ahli famili kene jaga jugakkan...betul tak...hehehehe..tepuk dada tanya hati...swiftlet zone 4 all...layan je...

Wednesday 26 January 2011

BH Kecil Tapi Hasilnya Marvelous.....

Kecil tapi berbaloi-baloi....

Design yang menarik dan simple je..ukurannya dianggarkan 20x30 je...tapi lokasinya menarik iaitu berdekatan dengan sawah padi dan 3 KM je dari laut...BH ini dilihat usianya adalah setahun lebih dan hasilnya dianggarkan sekilo atau 2 kilo sebulan...apapun tuannya lebih mengetahuikan...

BH yang ini kecil dan comel kalau dilihat dari dekat dan jauh...ukuran 20x20 je...tapi jangan sangka BH kecil hasilnya kecil....dan burung walit ni tidak bersarang....itu tanggapan yang salah sama sekali...BH ini walalupun kecil tapi hasil dalamnya...ermmm dh lebih 2 kilo sebulan...inilah yang dikatakan modal kecil hasil besar...alhamdulillah rezeki dari Allah kepada tuannya...

Jadi, jika anda kekurangan bajet bolehlah membuat BH yang kecil-kecil sahaja...ramai yang tidak mengetahui Bh boleh dibina dengan saiz begini kerana kita disajikan dengan pemandangan Bh yang saiz gergasi sahaja..jadi anda buatlah pilihan..yang kecil tapi power jgn besar je tapi hampeh...hehehehe...swiftlet-zone 4 all...mesti mari....

Monday 24 January 2011

MLM oh MLM...

...Gambar Hiasan...

Semalam ada yang menelefon shidey bagi menanyakan soalan berkaitan syarikat seperti MLM yang menawarkan penjualan lot-lot sarang burung untuk dijual...em soalan ini sebenarnya pernah menjadi perbulan hangat satu ketika dahulu...bisnes seperti MLM ini tidak terkecuali turut terkena kepada bisnes sarang burung ini setelah syarikat terbabit melihat akan potensi sarang burung ini yang kini telah menjadi perhatian banyak pihak...pada pendapat saya senang sahaja...jika kita sanggup melabur puluhan ribu untuk lot-lot terbabit baik kita terus membuat sahaja BH dengan harga yang mampu dibina..

hal ini kerana banyak lot-lot yang dijual terbabit sebebnarnya di atas kertas sahaja tetapi adakah anda sendiri telah melihat lot-lot rumah terbabit...bagiaman pula cara menjaga lot-lot terbabit...jika semuanya diserahkan kepada syarikat tersebut sahaja dan anda tidak dibenarkan melawat maka sudah semestinya berlaku sedikit keraguan disitu...kenapa anda tidak dibenarkan melwat sedangkan lot tersebut adalah lot yang anda telah dibeli...syarikat MLM tersebut menjanjikan pulangan selepas 2 tahun tetapi jika burung walit ini tidak bersarang dalam BH tersebut adakah anda akan mendapat hasilnya....sudah tentu tidak bukan dan syarikat ini akan memberikan banyak alasan tentangnya seprti ade masalah sound, design silap, burung walit baru sekit tidur dan belum bersarang dan bermacam-macam lagi...

jadi akhirnya anda juga yang akan rugi sedangkan syarikat tersebut akan menjual lot2 lain pula kepada org lain pula...sebab itu jika anda mempunyai BH sendiri maka anda akan dapat mengawalnya 100%...at least anda nampak pelaburan anda tersebut dengan berdirinya BH anda dan dapatkan lah buku-buku ataupun maklumat berkaitan sang walit ini  dalam membimbing anda sehingga berjaya...ramai yang sanggup berkonsi rahsia kejayaan mereka dengan anda..tetapi kenelah bijak memilih consultans yang terbaik yang mana tidak mengambil kesempatan dengan hanya berlagak mengaku sebagai consultan terbaik dalam industri ini tetapi tak tahu langsung tetang habitat sang walit ini...kini banyak maklumat yang mudah diproleh di internet tentang rahsia sang walit ini..banyak juga diceritakan mengenai keburukan MLM berkaitan industri sarang burung ini...anda carilah dahulu sebelum membuat pilihan dalam pelaburan anda....tepuk dada, tanya hati.....swiftlet-zone 4 all....mesti mari...

Bird's Nest...That's What We Want....

Inilah Yang Kita Cari...Masing-Masing Bersaing Deminya.....

        Kawasan bucu menjadi pilihan sang walit bersarang.....

   ...burung walit muda sangat mengemari kawasan begini......

                    anak sang walit ini masih lagi bergantung di sarang dan menunggu masa untuk terbang...

                 mula-mula bersarang...maksudnya akan bertelur lah tue.....

   ha...dua biji telur setiap sarang akan meningkatkan populasi sang walit di BH kita......

ini adalah sarang yang berusia setahun lebih...warnanya bertukar menjadi kekuningan jika tidak dikutip...


sarang bucu ini nampak cute je walaupun dibuat di bucu....pandai sang walit ni buat design kan...hehe


aaikkk...kenapa sebiji je telur ni...tenguk telur tu kaler nk oren2 ckit menunjukkan telur ini masih baru lagi dan partnernya sebiji lagi tak keluar lagi kot...hehehe

pandangan dekat sarang sang walit ini...bucu tetap menjadi kegemarannya......

ini pun sarang yang berusia setahun lebih...kualiti sarang ini menurun jika tidak dikutip..justeri dinasihatkan bahawa selepas sahaja anak burung menetas dan terbang maka disyorkan diharvest je terus bagi menjaga kualiti grednya...

Kesimpulannya, bagi rumah burung yang baru dibina maka tempat utama yang menjadi kawasan sang walit ini bersarang adalah di kawasan bucu-bucu di nesting planks..jadi sentiasa lah perhatikan dan jagalah kawasan zone ini..anda juga perlu menjaga BH anda dari predator yang boleh mengganggu sang walit ini bersarang seperti cicak, semut, lipas dan sebagainya..diketahui bahawa sang walit yang menetap di Bh anda tersebut adalah sang walit yang baru datang memerhati dan buat survey sahaj dan jika Bh anda mempunyai gangguan maka sang walit ini tidak kan tinggal dan bersarang di BH anda...baik cari BH yang lain je kan...yang lebih selamat....hehehe..swiftlet-zone 4 all....layan je...

Sunday 23 January 2011

How To Control Temperature In Our BH....

Cara Kedua Mengawal Suhu Dalam Rumah Sang Walit......

Semalam ada yang bertanya kepada shidey cara-cara untuk menggunakan polestrin sebagai penampan haba panas dari memasuki BH...kebetulannya shidey mempunyai gambar-gambar yang telah diambil terdahulu semasa pembinaan rumah burung sang walit ini...anda sendiri dapat melakukannya ...mudah saja....jadi mari sama-sama kita saksikan....layan je...

 em....ini baru sedikit je digunakan polestrin...ade lagi ditingkat bawah....

selalunya ditampal di dinding yang mengadap matahari naik dan turun je...tapi kalau ade bajet lebih nak lekatkan semua dinding pon boleh....

selepas polisterin ini ditampal ianya di simenkaan sekali dan menjadikannya lapisan yang tebal dan mampu mengawal suhu luar dari memasuki BH....

 beginilah cara memasangnya...lekatkan polisterin tersebut kemudian dilekatkan juga jaring dawai agar memudahkan polisterin tersebut dilekatkan sebelum diplaster sekali menjadi dinding....

beginilah hasilnya selepas semua proses tersebut dilakukan...dinding tersebut masih lagi tebal tetapi yang penting suhu dari luar tidak dapat masuk dengan semudahnya...


Jadi, andalah yang membuat keputusan sendiri...jika anda mempunyai bajet yang besar maka boleh dilekatkan polisterin tersebut di semua dinding BH tetapi jika bajet ckit macam saya ini maka wajarlah dilektkan sahaja di dinding yang terkena pancaran matahari naik dan turun sahaja...dengan ini suhu dalam BH masih dapat dikawal dengan baik selain faktor-faktor lain...selamat mecuba k...swiftlet_zone 4 all....mesti mari....

Tuesday 18 January 2011

Modern Design Of Nesting Planks...

...Everybody Should Know.....

                                    Cantik Susunannya....

                                  Lajur-lajur di dinding yang menarik....

               Kalau penuh lajur di dinding ini saja mau sekilo ni...hehe

                                 Fuuuuuyooooo kemasnya dan cantiknya......

             BH ini dari luar nampak satu tingkat tapi dalamnya dua tingkat...

          Cara ini disyorkan kepada BH yang setiap tingkatnya melebihi 12 kaki.....

                  Cara pemasangannya memerlukan kemahiran yang tinggi.....

                          Bucu-bucu kegemaran sang walit bersarang ni.....

Selamat mencuba kepada semua bakal taukey dalam industri sarang burung...this is a new design of nesting plank that not many people known....betul ke...hehe...pada yang tak tau lah...so bolehlah pelajari sikit-sikit tentang ilmu nesting plank ni k...design ini memerlukan daya kemahiran yang tinggi pada tukang anda dan jika tersilap pasang atau tidak mahir bimbang ianya akan runtuh pulak kan...so anda yang akan rugi nanti jadi hati-hatilah dan pastikan anda tanya dulu tukang tu penah pasang ke tidak jenis ini...jika dia masih baru dan BH anda adalah yang pertama untuk dicuba diingatkan tak payahlah..kelak jadi lain plk..so anda yang membuat pilihan k...buatlah pilihan yang tepat...swiftlet-zone 4 all...mesti mari...

Monday 17 January 2011

...Pantang Larang????

Betul ke?????

                                      ...Perfume...

                                    ...Asap Rokok...

Ramai orang bertanya betul ke kalau kita pakai perfume dan hisap rokok dalam BH akan menyebabkan sang walit ini lari dan tidak menetap dalam BH kita...emmmm betul lah tu.. sebab sang walit ini tidak menyukai bau-bau yang tajam yang boleh mengganggunya..semua taukey-taukey yang menceburi industri ini juga bersetuju dalam hal ini..menghisap rokok dalam BH dan memakai perfume yang baunya kuat dan memasuki BH adalah tidak digalakkan sama sekali...Tetapi bauan aroma asli sang walit iaitu tahi sang walit atau bird shit ini adalah amat diperlukan sangat sama sekali...hehehe....

                                       Tahi Sang Walit ( Bird Shit)

Tahi sang walit ini sangat sesuai jika diletakkan setempat dalam bekas dengan keadaan lembap di dalam BH ataupun dibuat berselerakan...tahi sang walit ini dapat dijadikan aroma asli sang walit untuk memancingnya masuk dan menetap di dalam BH kita..sang walit ini mungkin akan berfikiran bahawa banyak koloni sang walit ini dalam BH tersebut dan akan mendorongnya turut tinggal disitu dan membuat sarangnya juga...betul ke ni....hehehehe..kita hanya merancang je...apapun cara ini boleh dicuba juga dalam BH anda...tetapi ada ke yang sudi menjual tahi sang walit ini ek...kalau pandai cari anda akan perolehinya kerana bagi BH yang sudah berjaya taukeynya sudah tentu akan membuang tahi burung ini kerana jika tidak ianya akan bertambun dalam BHnya dan boleh mendatangkan penyakit lain plk kan..so carilah bird shit ini pada taukey-taukey BH yang berjaya k...pandai-pandailah bodeknya cmne k...heheheheh..selamat mencuba semua..swiftlet-zone 4 all...layan je...

Sunday 16 January 2011

..Soalan dan Jawapan...

                                 ..Inilah Yang Kita Cari..


Soalan : Berapakah Suhu Yang Diperlukan Bagi Rumah Burung Walit???

Jawapannya : Suhu yang bagus bagi sesebuah rumah burung walit (dalam)  adalah 26 celcius hingga 28 celcius. Jika suhu ini meningkat melebihi 30 celcius maka ia mungkin akan mempengaruhi banyak perkara seperti sang walit ini tidak akan menetap di BH anda dan lari ke BH jiran anda yang lebih baik suhunya..suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan sang walit ini tidak selesa seperti kita juga manusia yang tidak akan suka jika rumahnya terlalu panaskan...Tetapi penah juga terjadi ada BH yang suhunya melebihi 30 celcius tetapi sang walit ini tetap juga suka membuat sarangnya di situ..jika ini terjadi maka anda sememangnya bertuah...apapun sang walit ini yang membuat pilihan kan...kita hanya merancang je...

Soalan : Berapa % kelembapan udara yang diperlukan dalam Rumah Burung Walit???

Jawapannya : Kelembapan udara yang terbaik bagi Rumah Burung Walit adalah sekitar 85% hingga ke 95%. Jika ini tida terjadi dalam BH anda maka bolehlah ditambah alatan seperti sistem humiditi, membuat kolam simen kecil berisi air ataupun beli je kolam plastik untuk kanak-kanak di Tesco ke Giant ke dan letakkan di dalam BH anda bagi mengurangkan suhu kelembapan tersebut...kalau tak jadi jugak maka tambahkanlah bumbung bagi BH anda ataupun cat je BH anda dengan jenis wethershield...

Emmmm....soalan dan jawapan tersebut hanya pengalaman shidey_zone sahaja..jika silap sory lah k..hehe..apapun sang walit ini yang membuat pilihankan...kita hanya mampu merancang je..ilmu itu penting...tunggu post seterusnya bagi ruangan bertajuk soalan dan jawapan k...swiftlet-zone 4 all...layan jeeee....

Saturday 15 January 2011

...Stand Alone Bird's House...

Fuuuuhhh....



Lokasi ini terletak di kawasan lapang di Merbok...Industri Sarang Burung kini sukar di bendung lagi...jalan je dalam 1KM mesti akan de BH di tepi or depan anda...itu sudah semestinya...tapi jika anda ingin membina BH ini buat lah dikawasan yang kurangye penduduk di sekiatranya...bukan apa bagi mengelak adua bunyi bising dari susra panggilan burung ini...orang lain pon nk jugak hidup dengan aman dan tenteram dari gangguan bunyi bising kan...so fikir-fikirkanlah...janganlah fikirkan untung semata atau dengan kata lainnya Matlamat Menghalalkan Cara...itu salah tau...Contoh yang terbaik adalah Bh dalam gambar ini yang dibina di tengah-tengah kawasan ladang yang luas yang mana tiada penenmpatan sekitarnya...tetapi perlu juga diingat bahawa jika lokasi yang dibina BH anda jauh dari penempatan orang maka security bagi Bh anda perlulah ditingkatkan..contohnya dengan memasang CCTV, tingkat pertama di gunakan bata merah agar tingkat bawah tu susah untuk diceroboh (kadang-kadang pencuri sanggup mengetuk dinding BH anda untuk membuat lubang masuk setelah cubaan untuk masuk melalui pintu gagal), diletakkan kawat eletrik (bahayakan owner Bh sendiri ni), mengupah guard menjaga dan bermacam-macam lagi...(jika ada budget lebih lah)..hehehe..apapun perancangan untuk dibuat BH perlu ada jangan main turun je dlm industri ini tanpa ilmu...banyakkanlah pembacaan terdahulu ok...Swiftlet-Zone 4 All...mesti mari....

Friday 14 January 2011

...Tanjung Dawai Dan Giant BH...

Perjalanan Semalam....

                                   Pandangan Jauh..

                                 Pandangan Dekat..

Lokasi ini adalah di kawasan Tanjung Dawai dan berhadapan dengan Balai Polis...di kawasan ini juga letaknya kedai gulai sembilang yang paling sedap..erm sedapnya..hehehe..BH ini ukurannya dianggarkan 40x70x4 tingkat..taukenya seorang chinese yang telah membeli tanah ini setetlah melihat potensi lokasinya yang sesuai..Di depan BH ini juga dibina pondok keselamatan untuk guardnya menjaga Bh ini kelak...mungkin taukey ini seorang yng kayakan...Di kawasan ini memang terkenal dengan koloni sang walit mencari makan dan saban hari anda akan dapat melihat ribuan sang walit di atas langit...lokasinya yang terletak hanya 8KM dari laut dan bersebelahan dengan Gunung Jerai memperlihatkan potensi kawasan ini..Di kawasan ini juga telah ada BH yang saiz sederhana yang telah menunjukkan perkembangan yang positif...lihatlah enterance holenya yang di halakan ke Gunung Jerai dan laut serta kawasan sawah padi yang luas...jika di letakkan tweeter bazooka yang mampu menarik burung hingga 10KM ke atas maka hasilnya pada BH ini akan dapat dilihat dalam masa yang terdekat...rasanya pada bulan 2 ini BH ini akan dapat beroperasi sepenuhnya dan shidey_zone akan postingkan kembali jika melalui jalan ini kelak...swiftlets-zone 4 All...layan...

..Mendung Dan Senja...

                               Sang Walit ini berasak-asak untuk masuk BH

                                                 Masing-Masing Bersaing

Beginilah yang terjadi jika Bh anda sudah diusia 3 tahun ke atas...anda akan mampu tersenyum dengan lebarnya melihat karenah sang walit ini di waktu ini..Syukur Alhamdulillah...Kedua-dua gambar ini saya ambil ketika melalui jalan di Pekan Lama Sungai Petani yang terkenal dengan BH yang telah berjaya..jika anda melalui jalan ini diwaktu mendung dan senja maka lihatlah di atas langit...ribuan sang walit ini mula terbang dan berpusing-pusing di atas Bh sebelum turun masuk kedalam BH tempat kediaman mereka..Semua orang berharap Bh mereka akan jadi sepeti ini...em bila tu? hanya rezeki dari Allah yang menentukan segal-galanya..banyakkanlah bersabar dan senantiasa berdoa kepadaNya...Swiftlet 4 All...mesti mari...

Wednesday 12 January 2011

Dulu Sebuah,,,Kini Bertambah...

Semua Orang Inginkannya...

                                           Dulu Sebuah....
                                            Kini Bertambah-Tambah...

Gambar di atas adalah contoh BH di Sungai Tangas...ia boleh dijadikan contoh juga kepada kita iaitu jika BH kita telah dihuni padat dengan sang walit ini...jika tanah disebelah BH anda masih luas maka dicadangkan disambungkan sahaja bangunan tersebut...kemudian tebuk sahaja dengan membuat lubang di dinding tersebut untuk menghubungkan BH tersebut...sudah tentu sang walit ini akan turut menghuni BH disebelahnya juga yang masih kosong dan anda tidak akan perlu menanggung risiko yang tinggi dengan membina BH ditempat lain serta mampu mengurangkan kos yang lain....tahun ke setahun maka BH anda juga akan kelihatan seperti BH gergasi yang dimiliki oleh taukey-taukey yang mengeluarkan modal ratusan ribu ringgit untuk membuat BH yang besar...sesebuah BH yang besar tidak semestinya isi dalamnnya juga besar..sudah banyak BH yang besar tidak mampu mendapatkan hasil yang diinginkan...Bak kata pepatah..sikit-sikit lama-lama menjadi bukit...hehe..swiftlet-zone 4 all...layan je...

Tuesday 11 January 2011

...Sharing is Caring...

Pertanyaan Dan Bertukar Ilmu  Dengan Seorang Sahabat....

Harini seawal jam 8.30 pagi shidey_zone menerima panggilan dari seorang sahabat baru dari Sarawak yang telah mengunjungi blog ini...Sahabat ini shidey_zone namakan sebagai Z dari sebuah daerah di Sarawak...kami berbual panjang dan bertukar pendapat mengenai  kemajuan BH masing-masing...Z menyatakan bahawa BHnya sekarang ini tengah direnovate dengan memperbesarkan ruangan monkey housenya agar memberikan keselesaan kepada sang walit ini sebelum ianya terbang menyusuri nesting area...beliau juga menyatakan bahawa ribuan sang walit bermain keluar-masuk BHnya setiap hari...em mesti suara luar yang digunakannya itu powerkan dan BHnya juga merupakan pioner di tempatnya..em mungkin itulah penyebabnya ribuan walit tertumpu kkepada BHnya..Allahmdulillah mungkin rezekinya...nasihat shidey_zone supaya kerja-kerja renovate yang dilakukannya itu perlu dilakukan cepat agar sang walit ini tidak berasa terancam dan kemudiannya lari meninggalkan BHnya..shidey_zone juga mencadangkannya supaya menggunakan mini tweeter bazooka dan diletakkan pada lubang antara lantai agar dapat menarik burung walit ini terbang turun sehingga ke dalam BHnya melalui kawasan nesting area juga...perbualan kami memakan masa kira-kira 20 minit  dan terima kasih yang tidak terhingga dari shidey_zone kepadanya kerana sudi juga berkongsi ilmu dengan shidey_zone...perbualan terpaksa ditamatkan kerana shidey_zone ada mesyuarat yang perlu dihadiri...Terima Kasih Daun Keladi...Bila-Bila Boleh Call Lagi...hehehe..Marilah kita sama-sama doakan kejayaan sahabat kita  yang telah menceburi bidang industri ini juga...lepas ini boleh lah bagitau kemajuan BH selepas di renovate itu ya Z agar kita dapat berkongsi rahsia kejayaan industri ini dalam blog ini untuk bacaan rakan-rakan yang lain juga.....

Jika ada sesiapa yang ingin berkongsi ilmu dan pendapat bolehlah menghubungi talian ataupun mesej je kepada shidey-zone...InsyaAllah kita semua akan mendapat ilmu yang baru...sharing is caring.....Swiftlet_zone 4 All...

Monday 10 January 2011

Rumah Kedai + Rumah Burung = Swiftlet_Zone

Everybody Want To Join Bird Nest Industri...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..Kini banyak rumah kedai yang telah direnovate menjadi rumah burung di sekitar kita..Potensi industri ini dilihat menjadi punca kenapa semua taukey rumah kedai sanggup menanggung risiko dikenakan tindakan oleh pihak PBT kerana menukar dan menambah ruangan tambahan menjadi lubang masuk burung walit..namun disebabkan garis panduannya yang belum dikeluarkan oleh Kabinet maka ianya dianggap masa yang sesuai untuk bertukar menjadi sebahagian daripada industri ini..jom kite ke zone swiftlet....bertukar 1,2,3...Swiftlet_Zone 4 All...layan...

                                            Lokasi : Bandar Puteri

                                             Lokasi : Jalan Kuala Ketil

                                            Lokasi : Bandar Perdana

                                             Lokasi : Jalan Kuala Ketil Jugak..

                                            Lokasi : Jalan Pekan Lama