Wednesday 4 May 2011

Aroma 4 Swiftlet Farm : Natural Aroma - Fresh Bird Shit (Tahi Burung Walit)

aroma terbaik yang tiada tandingan ni...

 ramai yang email dan bertanyakan kepada saya apakah aroma yang terbaik dalam sesebuah bh untuk memancing burung walit agar cepat masuk, tidur dan seterusnya bersarang dalam bh kita...em bagi saya aroma yang terbaik adalah tahi burung walit atau pun fresh bird shit ini..aroma tahi burung walit ini tiada tandingan dengan aroma yang terdapat di pasaran kini...saya telah memakai banyak aroma yang terdapat di pasaran kini sekadar untuk mencuba akan kemajuannya...ternyata semuanya kurang berkesan dalam memancing burung walit ini...try n eror tak salahkan..lebih baik  mencuba...pendapat saya kepada di luar sana kalau hendak mencuba sesuatu aroma tersebut baiklah cuba sebotol sahaja dahulu...jangan terpengaruh dengan promosi dan kata orang yang menjualnya yang mengatakan sesebuah bh perlu 5-6 botol aroma tersebut baru akan menampakkan kejayaan...huhu bayangkan satu botol dh RM 200..kalau 5 botol dah RM 1000..kalau tak jadi kita jugak yang rugi...jadi kalau nk try pon baik try satu je dl kan...jsedangkan harga tahi burung walit yang dijual baru mencecah RM 90 untuk 15kg dan ianya juga dapat bertahan lama berbanding aroma di pasaran yang sebulan sahaja dah tiada bau...so anda yang membuat pilihan kan...jika anda berjaya mendapat tahi brung walit tersebut maka disyorkan supaya tahi tersebut ditempatkan dikawasan sudut ataupun lokasi yang bersesuaian seperti di kawasan roving room agar ianya mampu mengeluarkan bau untuk memancing burung ini...lagi satu disyorkan juga tahi tersebut di campurkan sedikit air ataupun pasir agar ianya senantiasa basah yang mana akan mengeluarkan bau yang terbaik yang disukai oleh burung walit ini...

lihatlah bh yang dah lama dan telah didiami ribuan burung walit ini...tahi burungnya akan bertibun sehingga berapa inci...inilah yang diibaratkan oleh bruung walit seperti koloni yang banyak dalam rumah ini...dan seterusnya akan mengeluarkan bau yang disukai oleh burung walit...tetapi jika tahi burung dh tinggi macam ni maka seeloknya juga turur dibersihkan..hal ini kerana bagi mengelak sebarang penyakit yang berpunca dari keadaan yang kotor...kalau macam ni kita nak masuk rumah burung pon risau kan...hehehe..tapi bagi pemain industri ini perkara ini merupakan berita baik untuk anda...kerana tuan rumah burung ini akan membuang tahi burung walit ini...jadi baik anda meminta untuk dibeli dan tempatkan dalam rumah burung anda...jadi dua-dua untung kan...inilah yang dikatakan win-win situation...tapi adakah yang ingin menjualnya jika anda akan menjadi pesaingnya kelak...emmm pandai-pandai lah membodeknya k..hehehe.

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

3 comments:

  1. steady bro....bagaimana dengan H3N1? kurang power ker?

    ReplyDelete
  2. H3N1 still power jugak..ye lah kosnya tinggi jugak lah kan...sebotol kalau ikutnya tahan sebulan sahaja kalau pakai dispenser tu...so cari je yang jimat kan..

    ReplyDelete
  3. okay bro.......sebenarnya apa aroma terbaik di pasaran boz?

    ReplyDelete