(gambar hiasan je ni)
tahukah anda kini 80 % rumah burung yang dibuat setiap hari gagal..hanya 20 % sahaja yang menjadi iaitu didiami dan dibuat sarang oleh burung walit...sedangkan kini setaip hari juga di semenanjung malaysia di anggarkan kira-kira hampir 30 hingga 40 buah rumah burung walit ini dibina setiap hari...jadi kalau setahun dan sebulan sudah berapa ek..dahsyat betul statistik itu...dan akibatnya perkara yang paling kita risaukan ialah kelak rumah burung walit ini lebih banyak daripada burung walit itu sendiri..hehehe..
Bagi yang gagal dalam tempoh membina rumah burung walit ini iaitu dalam tempoh 3 bulan pertama tiada langsung burung walit memasuki bh maka dinasihatkan janganlah terus berpikir hendak lantik konsultan baru pula yang kononnya akan bertindak sebagai penyelamat..dah bermacam-macam perkara yang saya dengar kini..kontraktor penyelamat pon akhirnya kene diselamatkan..hehehe..
Nasihat saya jika bh anda mempunyai masalah maka perbetulkan lah dengan sendiri...fikirkanlah seperti burung walit kenapa aku tidak suka mendiami bh ini...saya sarankan anda chek semula semua keperluan dalam bh anda...suhu, predator seperti lipas, cicak, kelawar dan sebagainya...aturan tweeter luar dalam dalam, suara luar dan dalam, tweeter panggilan burung turun ke bawah...lubang antara lantai dan sebagainya..buatlah kajian dan try n error sedikit..ada juga kadang-kadang kes rumah burung yang tidak dimasuki burung hanyalah disebabkan aturan tweeternya yang salah sahaja...tetapi kita yang tidak pernah mencuba repairnya sendiri terus lantik konsultan...tahukah jika anda tersilap melantik konsultan penyelamat ini maka anda terpaksa mengeluarkan sendiri pula bajet tambahan sehingga RM 5K hingga RM 20K pulak sebagai bayaran...banyak bende dipecahkan untuk dibuat seperti untuk burung mudah memasukinya...jadi anda bermula dengan zero lagi...lepas tu burung tetap tidak masuk macamne...rugi lagi...nak lantik lagi ke konsultan penyelamat cmni...kalau ada duit boleh sahaja tetapi jika sehingga 3 orang konsultan yang anda lantik tetap tidak berjaya membuat burung walit masuk dan tidur dalam bh anda maka kelak akhirnya anda akan frust dengan industri ini dan hanya akan bertindak untuk menjual sahaja bh tersebut ataupun give up terus dengan industri ini...
sebab itu ilmu perwalitan ini penting sekali...semuanya untuk memberikan anda mempelajari sendiri teknik-teknik yang betul...kalau tak betul pon try n eror sahaja kn...kosnya tidak lah sampi ribuan ringgit pon..jika anda membuat sendiri atau repair sendiri akan membolehkan anda mempelajari dan mula memahami mengenai industri ini..contohnya apa yang saya buatkan dulu iaitu renovation kecil dengan ilmu yang ada sedikit ini akhirnya berjaya membuahkan hasil..Alhamdulillah..sebebelum ini tingkat atas yang tiada burung sudi tidur kini telah ada yang bersarang dan yang akan membuat sarang...gambarnya akan sy postingkan kelak...
apapun, anda belajarlah membuat sendiri renovation tanpa kos yang tinggi ini..kadang-kadang tambah tweeter baru yang kuat, buang tweeter jenis lama dan tukar suara baru luar dan dalam serta aturan tweeter itu sudah memadai untuk mewujudkan bh yang produktif...di syorkan kepada anda diluar..pikirkanlah 2 atau 3 atau 4 atau 5 kali sebelum melantik konsultan penyelamat k..bukan apa takut kelek dia juga perlu diselamatkan...hehehe..kalau segala usaha dan tambah baik anda dh buat tetapi burung tidak masuk maka boleh lah anda melantik konsultan baru k..tetapi pastikan ianya yang terbaik dikalangan terbaik dan memenuhi syarat pelantikan konsultan yang sy gariskan dulu...hehee...anda buat anda dapat...
swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332
No comments:
Post a Comment