Tuesday 17 May 2011

Pintu Pagar Automatik Untuk Lubang Masuk Burung Walit..

pernahkah anda terpikir cara ini???

adakah sarang burung walit dalam bh anda sudah melebihi 2 kilo ke atas???...anda risau dengan gangguan burung hantu ataupun pencuri yang memasuki bh anda melalui lubang masuk burung???..may be anda boleh meniru cara ini...cara ini sesuai digunakan jika lubang masuk rumah burung anda besar yang mana akan menjemput tetamu yang tidak diundang juga ke dalamnya...ramai taukey-taukey besar dalam industri ini yang telah meniru cara ini..

pagar automatik untuk lubang masuk burung walit ini sesuai digunakan dan menjadi penghadang bentuk ancaman luar...tetapi harus diingat lubang antara pagar ini perlu dibuat besar sedikit agar mampu memberikan keselesaan untuk burung walit terbang melaluinya...jika tidak burung walit akan takut untuk masuk dalam bh ini...ya lah takut tersangkut sayapnya kan...last-last kita hendak buat penghadang burung hantu tapi terus jadi penghadang burung walit tak boleh masuk..waaa mau rugi besar maa..bh jiran sebelah plk yang untung menerima burung walit kita masuk dalam bhnya berduyun-duyun...rezeki katanya...hehehe

pagar jenis ini selalunya dibuat dengan di set timer sekali..iaitu di set timer untuk tutup selepas burung walit sudah memasuki bh seperti pukul 8 atau 9 atau 10...tetapi selalunya ramai yang suka set nya pada pukul 9 kerana pada ketika ini burung walit telah semuanya pulang ke bh..jika di set awal contohnya pukul 7 petang maka pagar automatik ini akan menjadi penghalang utama untuk burung walit muda untuk memasukinya..jadi anda juga yang rugikan..selepas itu pagar ini juga di set timer kembali untuk buka kira-kira pukul 5.30 pagi...sebenarnya pagar jenis ini juga mempunyai negatifnya contohnya kepada burung walit muda.. anda perlu ketahui bahawa burung walit muda mempunyai sifat takut-takut sedikit dan kurang bersedia dengan ancaman sebegini yang menyukarnya mengikuti koloninya untuk memasuki bh dan akhirnya hanya akan berpusing-pusing sahaja di luar bh ataupun hinggap di luar bh sahaja ataupon ianya akan terbang ke bh bersebelahan yang mudah untuk dimasuki...emmm paln kita untuk mencegah predator lain tetapi cara yang kita buat ini menjerat diri kita kembali..mau rugi sesangat..jadi pikirkanlah cara yang terbaik dan buat lah perancangan yang teliti dahulu sebelum kita menirunya..anda buat-anda dapat...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment