Monday 30 May 2011

Rumah Kampung Yang Telah Menjadi Rumah Burung Walit

makin ramai yang mula sedar industri ini

rumah kampung ini telah memaksimumkan penggunaannya menjadi sebuah rumah burung walit...dari dibiarkan reput sahaja dan tersembam ke bumi ..maka idea untuk menukarnya menjadi rumah burung dicuba..bagi sesiapa yang mencuba untuk menukarnya menjadi bh maka beberapa perkara asas perlu dilakukan iaitu :

1) test lokasi tersebut dengan menggunakan suara test lokasi iaitu duress soung atau stress sound untuk menentukan ada ke tidak burung walitnya di situ dan berapa banyak koloni yang datang di kawasan tersebut.

2) perhatikan suhu dalam rumah ini dan jika tinggi maka anda perlu membuatnya memenuhi citarasa burung walit ini iaitu 26-29 celcius sahaja..

3) perhatikan juga arah pulang burung walit tersebut sebelum menentukan lubang masuk burung walit yang sesuai di buat..

4)disebabkan rumah burung ini dari jenis papan maka pastikan tiada predator kecil yang boleh mengganggu burung walit anda seperti anak-anai, semut, cicak, lipas, ular dan sebagainya.

5) perhatikan juga di keliling rumah bh ini agar tiada banyak pokok-pokok besar yang terlalu dekat dengannnya agar predator besar seperti burung hantu dan burung helang akan hinggap di situ untuk menyerang hendap burung walit anda untuk membunuh dan memakannya..

6) pastikan juga rumah burung tersebut mempunyai sistem security yang baik kerana ia mudah untuk dicerohi oleh pencuri sarang burung walit ini...

7) yang lain tu anda boleh chek selepas itu yang mana kemahiran lagi tinggi diperlukan seperti tweeter, papan nesting plank, cahaya dalam bh dan sebagainya..yang di atas ini bolehlah sekadar asas sahaj dahulu k...


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone @yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment