Thursday 5 May 2011

Salah Satu Cara Menghalang Rumah Burung Anda Dari Mudah Dicerobohi Oleh Pencuri

Part 1...sudahkah anda memasangnya di rumah burung???

 kita serba tahu disebabkan potensi pulangan hasil sarang burung yang tinggi menyebabkan kini telah wujud golongan pencuri yang akan sanggup membuat apa sahaja untuk mencerobohi rumah burung anda...jika rumah burung anda tiada sistem security yang boleh menghalang golongan ini memasukinya maka anda mungkin akan menjadi salah seorang mangsa rumah burung dimasuki dan dicuri sarang burung ini...justeru salah satu cara yang disyorkan di sini ialah dengan membina pintu besi yang tebal agar dapat melambatkan atau menghalang rumah burung tersebut dari dicerobohi...jika anda perasan kebanyakan bh yang besar-besar dan telah mempunyai hasil 3 kilo ke atas semuanya akan sanggup pula melabur dalam soal security ini...malah pintu rumah burung mereka dibuat dengan besi yang kadang-kadangnya setabl 5 inci..dahsyat betul..tidak cukup dengan itu pintu ini dibuat 2 buah agar menyusahkan si pencuri ini dari memasuki bhnya...
malah sistem pintu besi ini juga dibuat dengan menggunakan mangga di dalam dan diluarnya dan dibuat lubang kecil yang hanya boleh dimasuki oleh tangan untuk membuka dari dalam..selain itu juga setiap kawasan yang akan di kunci menggunakan mangga tersebut dibuat pula sebuah kotak dari besi juga untuk melindungi mangga tersebut dari diketuk dan digergaji untuk membukanya...anda mungkin boleh menirunya k..kosnya..emmm bergantung dengan lokasi dan design yang anda perlukan...bawa sahaja gambar ini ke kedai besi dan mudah untuknya meniru..tetapi tahukah anda pintu besi juga tetap tidak selamat dan bh tersebut tetap juga boleh dimasuki pencuri...emmm caranya ialah pencuri tersebut akan menggunakan........hehehe...tak boleh beritahu di sini kerana takut nanti ramai yang menjadi pencuri pulak pasni....bagi yang lama dalam industri ini tentu telah tahu...bagi yang baru boleh mesej saya kalau nk tahu...hehe..tetapi sekurang-kurangnya kita telah mencuba untuk melambatkan atau menghalang pencuri tersebut dari memasuki bh kita kan...usaha telah dilakukan..yang lainnya baru berdoa dan bertawakkal sahaja..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment