Saturday, 28 May 2011

Lubang Masuk Burung Walit : Berapa Yang Diperlukan

satu ke dua ke tiga ke empat ke lubang masuk ni yang sesuai ek...

 gambar di atas menunjukkan lubang masuk burung jenis monkey house atau dog kennel...caranya ini banyak digunakan oleh ramai pemain industri ini dalam usaha memancing burung walit ini...tetapi tahukah anda berapakah lubang masuk yang paling sesuai untuk rumah burung walit ini...ramai yang mengatakan 1 sahaja dan ada jugak yang kata 2 sahaja dan ada jugak yang kata 3 pon ok jugak malah ada jugak kata empat lubang masuk sangat penting...emmm mana satukah pilihan anda ek...pada pendapat saya lubang masuk burung pada awal pembukaan bh boleh dibuat lebih daripada satu atau dua sahaja...dan apabila suara luar dimainkan kelak anda boleh perhatikan dengan teliti lubang masuk burung yang manakah selalu digunakan dan disukai oleh burung walit tersebut dan sering keluar masuk...dan apabila anda telah knal pasti betul lubang masuk tersebut maka tutup kanlah satu lubang masuknya menjadikannya hanya sebuah sahaja lubang masuk untuk burung walit masuk bh...tahukah anda arah yang terbaik lubang masuk burung walit ini ialah arah burung walit terbang pulang ke bh lama mereka..hal ini untuk memudahkan burung walit itu untuk cepat menyukai bh kita apabila sering keluar masuk bh....Tetapi jika anda tetap mahukan bh anda mempunyai dua lubang masuk burung juga maka janganlah ditiru pintu masuk yang dibuat bertentangan seperti gambar di atas ini...pintu masuk tersebut adalah SALAH kerana burung yang terbang memasuki bh akan terus keluar kerana tiadanya sekatan untuk burung tersebut berpusing-pusing dalam monkey house kita sebeleum terbang turun ke roving room dan ke nesting room...

gambar ini cara yang terbaik sekali...tetapi lubang masuk burung ini janganlah dibuat terlalu tinggi dari lantai bh...hal ini untuk memudahkan burung walit tersebut turun ke kawasan roving room...banyak terjadi apabila terlalu tinggi burung walit muda ini tidak mampu dan sukar untuk mereka turun ke bawah mengikuti irama suara burung walit yang memanggilnya...hal ini kerana mereka terlalu takut dan ragu-ragu untuk turun ke bawah...kalau anda tidak percaya anda boleh saksikan banyaknya tahi burung walit muda ini di dinding-dinding kawasan monkey house ini...itu tanda mereka takut dan bimbang untuk turun ke bawah...justeru sekurangnya lubang masuk tersebut dibuat sekurang-kurangnya 2 atau 3 jengkal dari lantai yang menyambung menjadi kawasan roving room itu...tetapi sekatan perlu lah dibuat sedikit untuk menahan cahaya tersebut dari memasuki bh yang terlalu terang nanti...anda buat anda dapat...hehehe


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment