soalan begini banyak yang saya dapat dari email, meseg dan ada yang call saya untuk bertanya kenapa jadi begini ek??.gred sarang tersebut rendah ke???...kenapa burung walit tidak membuat sarang di kawasan nesting plank yang tiada sudut???dah letih hendak menjawah jadi saya postingkan lah hari ini agar semua orang yang baru dalam industri ini faham kenapa terjadinya sarang sudut dan kenapa burung tidak memilih sarang di kawasan terbuka...
Untuk makluman pemain industri ini yang baru atau pun yang tengah membuat kajian...kita perlu tahu apabila rumah burung yang dibina telah siap dan bunyi suara luar telah dimainkan..saban hari iaitu kemungkinan seminggu atau 2 minggu akan banyak burung walit bermain keluar masuk bh kita...hal ini kerana kebanyakkan burung yang datang tersebut hanya datang membuat tinjauan sahaja rumah burung kita dan semua burung yang datang tersebut telah mempunyai dan mendiami rumah burung walit masing-masing...jadi janganlah terkejut seterusnya burung akan kurang datang bermain di bh kita tidak seperti di awal pelancarannya..jarang sekali burung yang datang bermain di bh kita tersebut akan datang dan terus menetap dalam bh kita terutamanya burung dewasa..tetapi jika hal ini terjadi maka kita sememangnya seorang yang sangat bertuah..Syukur Alhamdulillah...
Sebenarnya jarang burung dewasa akan mendiami bh yang baru disiapkan dan membuat sarang terus dalam bh kita..di sini apa yang kita perlu fokus dan target utama adalah burung walit muda yang akan bermain dalam bh kita...burung walit muda diketahui akan mencari bh atau mudah terpikat dengan suara dan keadaan dalaman bh yang disukainya..jadi jika bh kita telah berjaya menarik burung walit muda ini menginap dalam bh maka janganlah berharap seminggu atau sebulan terus ia akan bersarang...burung walit muda ini hanya kan bersarang apabila mencapai musimnya bertelur dan ketika ini ia akan mencari pasangannya untuk mengawan kemudiannya barulah akan bersarang untuk bertelur...
justeru, untuk sarangnya yang pertama burung walit muda ini akan memilih lokasi nesting planks di kawasan sudut seperti dalam gambar di atas untuk membuat sarang...hal ini kerana lokasi sudut tersebut menjadikan kawasan tersebut kurangnya gangguan untuknya membuat sarang..malah sudut 90 darjah ini akan memudahkannya untuk bersarang kerana hanya mengambil masa yang cepat untuk menyiapkan sarangnya..paling cepat hanya lah 3 minggu sahaja sarang di kawasan sudut ini untuk disiapkan berbanding kawasan terbuka yang memerlukan sebulan lebih untuk disiapkan..faham ke ni...hehehe...jadi janganlah risau kelak kerana apabila anak burung yang menetas ini jika ianya masih menyukai bh kita maka sarang yang dibuatnya kelak adalah tidak akan berjauhan dari sarang familinya ini..hal ini kerana sifat burung walit ini yang hidup berkelompok atau berkoloni...memang sarang di kawasan sudut ini grednya agak rendah Tetapi harganya di anggar kan RM 3,500 satu kilo...berbanding sarang sudut terbuka atau C cup penuh yang dianggarkan RM 4,500 di pasaran kini...emmm still lumayan kan...baik dari bertahun menunggu rumah burung walit kita kosong sahaja...jadi maklumat asas ini harap semuanya mula memahaminya...layan je..hehehehe
swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332
No comments:
Post a Comment