Monday 30 May 2011

Kursus Asas Burung Walit Di Kawasan Utara

Kepada yang berminat sahaja...kalau yang dah pegi kursus tu tak payah lah pegi k..nanti kondem pulak dah penah dengar lah dan saya dah tahu lah..apa lagi yang tak sedap didengar...saya sekadar membantu sahabat yang sangat-sangat memerlukan kursus sahaja...

(gambar contoh je ni)

Ramai yang bertanyakan kepada shidey bilakah dan di manakah kursus asas burung walit yang terdekat ini akan diadakan???..dan kenapa kursus itu semuanya mahal belaka???...tak de ke yang murah sedikit ek??? pada saya kursus yang paling murah dahulunya adalah anjuran Jabatan Perhilitan sahaja...free je tau...tapi 3 tahun lepas lah...sekarang ini banyak kursus yang dibuat berharga RM 300 ke atas...mahal ke murah tu ek...bagi yang tidak banyak duit mahal jugaklah kan...bagi yang memang banyak duit demi hasil industri ini maka mereka ini sanggup untuk pergi ke kursus ini...jadi untuk menolong para pembaca blog saya ini maka kini saya dalam membuat projek baru...hehehe...Projek sekadar untuk membantu rakan-rakan perwalitan...

Projek ini ialah projek untuk golongan yang memerlukan kursus asas burung walit ini dan terbuka hanya kepada kaum Bumiputera dan Warganegara Malaysia sahaja...saya kini dalam proses untuk berbincang dengan jabatan kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Veterinar dan Majlis Daerah untuk menjemput mereka memberikan taklimat dan kurus berkaitan industri ini (kebetulan mereka ini rakan)...InsyaAllah jika perbincangan ini selesai dan berjaya maka tarikh dan masa akan diberitahu kemudiannya..Yuran yang akan dikenakan tidak akan lebih dari RM 120 ringgit sahaja...ataupun lebih murah lagi daripada ini..buat pertama kalinya saya hanya inginkan 30 orang peserta sahaja dahulu...jadi jika ada sesiapa yang berminat boleh bagi nama dan no kad pengenalan dan no telefon kerana saya akan membuat kertas kerja kepada agensi kerajaan tadi...

Anda perlu ingat kursus ini bukan dan tidak akan dianjurkan oleh saya tetapi akan dianjurkan oleh agensi kerajaan tersebut..cuma saya akan membantu anda membuat kertas kerja memohon bajet, berbincang dengan agensi kerajaan (biasalah agensi kerajaan memerlukan nama dan no kad pengenalan yang berminat..kalau tak de item ni bajet susah nak dapat dengan agensi kerajaan) agar kursus ini dapat diadakan dengan kos yang paling minimum sekali sahaja...persetujuan di awal perbincangan dengan mereka ini berjaya mendapat kata positif cuma saya mahukan peserta seramai 30 sahaja..kursus ini juga akan diberikan sijil penyertaan...jadi kepada sesiapa yang berminat boleh lah email pada saya di shidey_zone@yahoo.com butiran seperti berikut:

1)Nama :
2)Alamat Tempat Tinggal :
3)No. Pengenalan :
4)No. Telefon Untuk Dihubungi :

Anda tidak perlu membayar kepada saya k...tetapi anda akan perlu membayar kepada agensi kerajaan itu kelak insyaAllah jika mendapat tempat tarikh dan masa yang sesuai..saya juga akan mencari peruntukan dari agensi kerajaan yang lain juga untuk membantu dalam pelaksanaan kursus ini kelak..perlu diingat juga kursus ini hanyalah KURSUS ASAS BURUNG WALIT dan bukannya kursus tahap tinggi...kepada yang sudah tahu banyak tentang industri ini tak payah pegi pon tak pe..nanti komplen banyak pulak...dah tahu lah..dah buat lah dan bermacam-macam lagi...saya hanya buka kepada yang tidak pernah pergi kursus lagi dan ingin menambah pengetahuan tentang ilmu perwalitan ini sahaja...diharap jika ada yang berminat maka doa-doakanlah agar misi dan objektif saya untuk membantu mereka yang memerlukan kursus ini berjaya....berjihad ni...hehehhe


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment