Tuesday 3 May 2011

Sarang Tiruan : Daun Pokok Cemara Mampu Memancing Burung Walit Muda Untuk Bersarang

belakang rumah anda mempunyai daun pokok cemara ini? jika ya.jangan bazirkannya...may be anda boleh mencuba kaedah ini dalam bh anda...

ini adalah contoh daun poko cemara...tetapi daun ini telah diolah bentuknya agar menjadi seperti sarang burung walit..dengar katanya daun pokok ini telah terbukti mampu menjadi sarang tiruan untuk burung walit muda bersarang disitu..Di Indonesia telah ada yang mencuba kaedah ini dan telah terbukti berjaya sehinggakan ada sebuah syarikat yang telah mengambil daun ini dan membuat bentuk seperti ini untuk dijual kepada pemain industri ini sebagai sarang tiruan untuk memacing burung walit bersarang di atasnya...buktinya ada yang telah berjaya dan sememangnya mampu menarik minat burung walit ini untuk bersarang...buktinya anda boleh lihat di gambar di bawah ini...

lihatlah dalam gambar ini...daun pokok cemara ini mampu memikat burung walit untuk bersarang di atasnya...dan ternyata ianya terbukti menarik minat burung walit ini...

semua daun pokok cemara yang bertindak sebagai sarang tiruan ini berjaya memikat burung walit ini bersarang di atasnya...emmm apakah keistimewaan daun ini ek..adakah faktor bentuk yang dibuatnya mempu menarik burung ini ataupun bauk yang keluarkannya mampu memikat burung walit ini ek...entahlah...sy masih lagi mencari daun ini..tak jumpa-jumpa lagi...kalau jumpa nk jugak try...org kata try n error tak salahkan...lebih baik mencuba sesuatu benda yang baru dari hanya mengharapkan bantuan orang je kan...

deretan sarang burung walit yang bersarang di atas daun pokok cemara ini...dahsyat betul daun ini ek..anda tahu tak di mana terdapatnya daun ini..ke dh ada yang telah mencuba kaedah ini..jika ada may be boleh kongsikan di sini untuk kengkawan yang lain pulak kan....

daun pokok cemara ini yang baru dipasang di nesting plank yang baru untuk memikat burung walit ini..dah macam susuna sarang burung dh ni...hehehe..

ini adalah contoh bagaimana untuk memasang daun pokok cemara ini di nesting plank anda...daun tersebut perlu diikat di ujungnya agar ianya tidak terlerai dan mudah koyak apabila berada dalam bh anda...jika tidak diikat daun ini bersifat mudah kering akan terlerai dan koyak cepat sebelum burung walit bersarang di atasnya..daun tersebut di sapukan gam yang kuat agar tidak mudah tercabut selepas burung walit bertenggek mahupun tidur didalamnya kelak...

ini adalah gambar selepas gam tersebut disapukan dan anda perlu melekatkannya pada neting plank dan sudut yang menjadi pilihan anda dan burung walit ini...apapun anda boleh mencubanya k...tak salah mencuba benda yang baru kan...try n error lebih baik daripada mengarapkan bantuan orang sahaja..lagipon kosnya yang murah sahaja dan may be mudah didapati dikeliling rumah anda sahaja...apapun selamat mencuba..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment