Tuesday, 24 May 2011

Humidifier Type Chicken Coop Masih Berbakti Dengan Baik Dalam BHku...

ramai kini telah menukar humidifier jenis baru..tetapi saya tidak??? jasamu masih lagi dikenang..

 ramai kini mencadangkan humidifier jenis baru iaitu yang berbentuk mist atau kabus sahaja dan hanya senyap apabila dipasangkan...tetapi entahlah saya masih lagi menyukai humidifier jenis lama ini..walalupun ramai yang mengatakan ianya bising tetapi bagi saya apabila suara dalam dimainkan maka bunyi daripada humifier ini akan kurang didengari dan mengganggu burung walit yang mendiami bh kita ini...

 malah faktor utama yang saya tidak menukarkan humidifier jenis ini adalah kerana burung walit yang menginap dalam bh saya dan membuat sarang serta membina koloninya adalah membesar dengan menggunakan humidifier jenis inilah..sehingga kini 1 tahun 4 bulan bh saya beroperasi humidifier jenis chicken coop ini tetap kuat lagi beraksi dan berjasa kepada saya..malah kebanyakkan burung walit dalam bh saya meminati jenis ini dan akan membuat sarang mereka berdekatan dengan humidifier jenis ini..anda lihatlah sendiri tahi burug walit tersebut yang tidak jauh dari humidifier ini...

ramai yang tidak suka humidifier jenis ini kerana iainya akan menyebabkan lantai tersebut basah...bagi saya pula lantai yang basah kadang mampu mengawal haba panas dengan lagi baik..kerana haba dan wap ini akan meresap dan dapat mengawal suhu dengan baik..malah apa yang saya peraktikkan menggunakan humidity jenis ini juga telah menunjukkan hasil...inagt tak dulu saya penah posting yang saya pernah buat minor renovation dengan sendiri pada awal tahun lalu di tingkat atas bh saya yang sebelum ini tiada langsung burung walit sudi mendiaminya...minggu lepas apabila saya memasuki bh selepas sebulan tidak memasukinya...alhamdulillah apa yang dibuat tersebut telah menjadi...kelihatan sebuah sarang baru telah disiapkan dan telah mempunyai kira-kira 5 nesting mark yang baru untuk burung bersarang...tapi sayang saya tidak sempat mengambil gambarnya kerana ketika itu tidak membawa kamera ketika memasuki bh...tapi bulan depan apabila saya measuki bh kembali sy akan mengambil gambarnya dan saya akan postingkan di sini agar kita dapt share bersama k..minor renovation tersebut juga turut mendapat bantuan daripada humidifier jenis chicken coop ni yang saya set kan timer untuk mengawal suhu di tingkat atas..alhamdulillah semua yang dirancangkan dengan sedikit ilmu pengetahuan dan kaedah try n error ini menjadi juga..tunggu posting saya bulan depan tentang kejayaan minor renovation yang lalu...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

2 comments:

  1. Saya setuju dengan pendapat ini. Kerana saya sendiri pernah lihat burung bermain dengan air pada mesin ini walaupun bunyi agak bising sedikit.

    ReplyDelete
  2. Apakah nama alat ini?Berape harga 1 unit

    ReplyDelete