Tuesday 31 May 2011

Cable Car Yang Paling Menyeramkan Di Dunia..

rupanya cable car di Langkawi tersebut juga termasuk yang paling berbahaya di dunia...hebat..hehehe..layan je gambar di bawah ini k..

 Mont Blanc Massif of the French Alps

 Rio de Janeiro ’s S ugarloaf Mountain

 Haifa ’s S tella Maris cable

 Mont Blanc Massif of the French Alps

 Yellow Mountain atau Huang Chan di China

 Masada cableway di Masada, Israel

 Rio de Janeiro ’s S ugarloaf Mountain

 China’s Tianmen Chan atau Heaven’s Gate Mountain

 Hong Kong ’s S kyrail cable car ride


 Yellow Mountain atau Huang Chan di China

 Pulau Langkawi di Malaysia


 French dan German

Yellow Mountain atau Huang Chan di China

layan je k...

Bos, Kenapa Burung Tidak Mahu Bersarang Dalam Bh Saya?

pagi-pagi lagi saya dapat pertanyaan sebegini...

 panggilan itu dibuat oleh encik T dari Padang Besar Perlis...dia memberitahu bahawa saiz rumah burungnya bersaiz 20x30 2 tingkat dan baru beroperasi 2 bulan..kini telah ada kira-kira 8 ekor burung yang telah tidur dalam bhnya dan belum lagi bersarang..kenapa burung tak mau bersarang katanya....tergelak jugak saya..

 saya terangkan kepadanya...mana ada burung walit masuk tinggal dalam bh terus bersarang secepat mungkin..mungkin paling cepat burung ini respon untuk membuat sarang paling cepat adalah 3 bulan selepas mendiami bh kita...tu pun kalau condition dalam bh kita sesuai dan disukainya...kalau tak apa lagi cabutlah burung ini lari ke bh lain pulak...sebab tu bagi bh yang baru dibuka seeloknya 3 bulan pertama janganlah anda menjenguk bh tersebut...bukan apa agar gangguan kepada burung walit dalam bh tersebut diminimumkan...macam kita juga apabila mendiami rumah baru kalau ade gangguan mesti akan cabut je kan....jadi 1-3 bulan apabila mula memanggil burung walit tersebut sebaiknya kunci tersebut disimpan dan hanya dibuka selepas 3 bulan sahaja...lepas 3 bulan baru anda datang chek tgk hasil kerja anda...adatak tahi burung walit yang mendiami bh atau ade tak nesting mark..kalau ade benda ini maka bh anda telah mampu menarik burung walit bersarang...burung walit ini hanya akan bersarang apabila tiba musim mengawan sahaja..jadi kita tiada kuasa untuk memaksa burung walit ini bersarang dalam bh kita...nasihat saya jangan di ganggu burung walit yang mendiami bh kita di awalnya kerana semua burung walit tersebut adalah burung walit muda yang baru ingin mendiami bh kita k..insyaallah dalam 3-4 bulan mesti akan ada nesting marking dalam bh anda...anda tidak percaya tunggulh k..sharing is caring...

swiftlets_zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Monday 30 May 2011

Kursus Asas Burung Walit Di Kawasan Utara

Kepada yang berminat sahaja...kalau yang dah pegi kursus tu tak payah lah pegi k..nanti kondem pulak dah penah dengar lah dan saya dah tahu lah..apa lagi yang tak sedap didengar...saya sekadar membantu sahabat yang sangat-sangat memerlukan kursus sahaja...

(gambar contoh je ni)

Ramai yang bertanyakan kepada shidey bilakah dan di manakah kursus asas burung walit yang terdekat ini akan diadakan???..dan kenapa kursus itu semuanya mahal belaka???...tak de ke yang murah sedikit ek??? pada saya kursus yang paling murah dahulunya adalah anjuran Jabatan Perhilitan sahaja...free je tau...tapi 3 tahun lepas lah...sekarang ini banyak kursus yang dibuat berharga RM 300 ke atas...mahal ke murah tu ek...bagi yang tidak banyak duit mahal jugaklah kan...bagi yang memang banyak duit demi hasil industri ini maka mereka ini sanggup untuk pergi ke kursus ini...jadi untuk menolong para pembaca blog saya ini maka kini saya dalam membuat projek baru...hehehe...Projek sekadar untuk membantu rakan-rakan perwalitan...

Projek ini ialah projek untuk golongan yang memerlukan kursus asas burung walit ini dan terbuka hanya kepada kaum Bumiputera dan Warganegara Malaysia sahaja...saya kini dalam proses untuk berbincang dengan jabatan kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Veterinar dan Majlis Daerah untuk menjemput mereka memberikan taklimat dan kurus berkaitan industri ini (kebetulan mereka ini rakan)...InsyaAllah jika perbincangan ini selesai dan berjaya maka tarikh dan masa akan diberitahu kemudiannya..Yuran yang akan dikenakan tidak akan lebih dari RM 120 ringgit sahaja...ataupun lebih murah lagi daripada ini..buat pertama kalinya saya hanya inginkan 30 orang peserta sahaja dahulu...jadi jika ada sesiapa yang berminat boleh bagi nama dan no kad pengenalan dan no telefon kerana saya akan membuat kertas kerja kepada agensi kerajaan tadi...

Anda perlu ingat kursus ini bukan dan tidak akan dianjurkan oleh saya tetapi akan dianjurkan oleh agensi kerajaan tersebut..cuma saya akan membantu anda membuat kertas kerja memohon bajet, berbincang dengan agensi kerajaan (biasalah agensi kerajaan memerlukan nama dan no kad pengenalan yang berminat..kalau tak de item ni bajet susah nak dapat dengan agensi kerajaan) agar kursus ini dapat diadakan dengan kos yang paling minimum sekali sahaja...persetujuan di awal perbincangan dengan mereka ini berjaya mendapat kata positif cuma saya mahukan peserta seramai 30 sahaja..kursus ini juga akan diberikan sijil penyertaan...jadi kepada sesiapa yang berminat boleh lah email pada saya di shidey_zone@yahoo.com butiran seperti berikut:

1)Nama :
2)Alamat Tempat Tinggal :
3)No. Pengenalan :
4)No. Telefon Untuk Dihubungi :

Anda tidak perlu membayar kepada saya k...tetapi anda akan perlu membayar kepada agensi kerajaan itu kelak insyaAllah jika mendapat tempat tarikh dan masa yang sesuai..saya juga akan mencari peruntukan dari agensi kerajaan yang lain juga untuk membantu dalam pelaksanaan kursus ini kelak..perlu diingat juga kursus ini hanyalah KURSUS ASAS BURUNG WALIT dan bukannya kursus tahap tinggi...kepada yang sudah tahu banyak tentang industri ini tak payah pegi pon tak pe..nanti komplen banyak pulak...dah tahu lah..dah buat lah dan bermacam-macam lagi...saya hanya buka kepada yang tidak pernah pergi kursus lagi dan ingin menambah pengetahuan tentang ilmu perwalitan ini sahaja...diharap jika ada yang berminat maka doa-doakanlah agar misi dan objektif saya untuk membantu mereka yang memerlukan kursus ini berjaya....berjihad ni...hehehhe


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Rumah Kampung Yang Telah Menjadi Rumah Burung Walit

makin ramai yang mula sedar industri ini

rumah kampung ini telah memaksimumkan penggunaannya menjadi sebuah rumah burung walit...dari dibiarkan reput sahaja dan tersembam ke bumi ..maka idea untuk menukarnya menjadi rumah burung dicuba..bagi sesiapa yang mencuba untuk menukarnya menjadi bh maka beberapa perkara asas perlu dilakukan iaitu :

1) test lokasi tersebut dengan menggunakan suara test lokasi iaitu duress soung atau stress sound untuk menentukan ada ke tidak burung walitnya di situ dan berapa banyak koloni yang datang di kawasan tersebut.

2) perhatikan suhu dalam rumah ini dan jika tinggi maka anda perlu membuatnya memenuhi citarasa burung walit ini iaitu 26-29 celcius sahaja..

3) perhatikan juga arah pulang burung walit tersebut sebelum menentukan lubang masuk burung walit yang sesuai di buat..

4)disebabkan rumah burung ini dari jenis papan maka pastikan tiada predator kecil yang boleh mengganggu burung walit anda seperti anak-anai, semut, cicak, lipas, ular dan sebagainya.

5) perhatikan juga di keliling rumah bh ini agar tiada banyak pokok-pokok besar yang terlalu dekat dengannnya agar predator besar seperti burung hantu dan burung helang akan hinggap di situ untuk menyerang hendap burung walit anda untuk membunuh dan memakannya..

6) pastikan juga rumah burung tersebut mempunyai sistem security yang baik kerana ia mudah untuk dicerohi oleh pencuri sarang burung walit ini...

7) yang lain tu anda boleh chek selepas itu yang mana kemahiran lagi tinggi diperlukan seperti tweeter, papan nesting plank, cahaya dalam bh dan sebagainya..yang di atas ini bolehlah sekadar asas sahaj dahulu k...


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone @yahoo.com
phone : 012-5328332

Kini Semakin Banyak BH Yang Menyamar Di Sebalik Rumah Kedai

ini salah satunya juga..asalkan orang tak komplen ok lah kan...

bahagian depannya rumah kedah yang cantik sekali menjual barangan keperluan harian...

bahagian tepinya juga nampak macam kedai jugak ni...

 Tetapi bahgian belakangnya tetiba ada monkey house untuk burung walit masuk..huhu..so kesimpulannya kedai tersebut ialah sebuah rumah walit cuma ia melakukan penyamaran dengan baik jugak lah..hehehe..

Lokasinya ialah di Sungai Petani dan bh ini masih lagi beroperasi dengan baik...pemiliknya ialah seorang taukey cina...belakang bh ini merupakan kawasan taman perumahan dan sebab itu lah lubang masuk burung walit ini dihalakan ke arah depan kedai tersebut dan ke arah jalan...kalau dihalakan ke kawasan taman perumahan ini rasanya orang di sini mesti akan mengamuk dengan bunyi bising ini...sebab itu jika kita tetap ingin juga membuat rumah burung walit di kawasan penempatan sebegini maka sensitiviti masyarakat sebegini perlu diambil kira sama agar win-win situation dapat di peroleh bersama..layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Saturday 28 May 2011

Lubang Masuk Burung Walit : Berapa Yang Diperlukan

satu ke dua ke tiga ke empat ke lubang masuk ni yang sesuai ek...

 gambar di atas menunjukkan lubang masuk burung jenis monkey house atau dog kennel...caranya ini banyak digunakan oleh ramai pemain industri ini dalam usaha memancing burung walit ini...tetapi tahukah anda berapakah lubang masuk yang paling sesuai untuk rumah burung walit ini...ramai yang mengatakan 1 sahaja dan ada jugak yang kata 2 sahaja dan ada jugak yang kata 3 pon ok jugak malah ada jugak kata empat lubang masuk sangat penting...emmm mana satukah pilihan anda ek...pada pendapat saya lubang masuk burung pada awal pembukaan bh boleh dibuat lebih daripada satu atau dua sahaja...dan apabila suara luar dimainkan kelak anda boleh perhatikan dengan teliti lubang masuk burung yang manakah selalu digunakan dan disukai oleh burung walit tersebut dan sering keluar masuk...dan apabila anda telah knal pasti betul lubang masuk tersebut maka tutup kanlah satu lubang masuknya menjadikannya hanya sebuah sahaja lubang masuk untuk burung walit masuk bh...tahukah anda arah yang terbaik lubang masuk burung walit ini ialah arah burung walit terbang pulang ke bh lama mereka..hal ini untuk memudahkan burung walit itu untuk cepat menyukai bh kita apabila sering keluar masuk bh....Tetapi jika anda tetap mahukan bh anda mempunyai dua lubang masuk burung juga maka janganlah ditiru pintu masuk yang dibuat bertentangan seperti gambar di atas ini...pintu masuk tersebut adalah SALAH kerana burung yang terbang memasuki bh akan terus keluar kerana tiadanya sekatan untuk burung tersebut berpusing-pusing dalam monkey house kita sebeleum terbang turun ke roving room dan ke nesting room...

gambar ini cara yang terbaik sekali...tetapi lubang masuk burung ini janganlah dibuat terlalu tinggi dari lantai bh...hal ini untuk memudahkan burung walit tersebut turun ke kawasan roving room...banyak terjadi apabila terlalu tinggi burung walit muda ini tidak mampu dan sukar untuk mereka turun ke bawah mengikuti irama suara burung walit yang memanggilnya...hal ini kerana mereka terlalu takut dan ragu-ragu untuk turun ke bawah...kalau anda tidak percaya anda boleh saksikan banyaknya tahi burung walit muda ini di dinding-dinding kawasan monkey house ini...itu tanda mereka takut dan bimbang untuk turun ke bawah...justeru sekurangnya lubang masuk tersebut dibuat sekurang-kurangnya 2 atau 3 jengkal dari lantai yang menyambung menjadi kawasan roving room itu...tetapi sekatan perlu lah dibuat sedikit untuk menahan cahaya tersebut dari memasuki bh yang terlalu terang nanti...anda buat anda dapat...hehehe


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Thursday 26 May 2011

Cara-Cara Menempatkan Tweeter Luar Di Lubang Masuk Burung Walit Di BH Anda...

salah satu cara je ni...banyak lagi caranya yang lain..yang boleh ditiru...

(gambar dari james)

gambar hiasan je ni...apa yang anda fikirkan tentang gambar ini...banyak cara perlu dilakukan jika bh anda tidak memasuki bh...may be kesilapan aturan tweeter luar tersebut menyebabkan burung tidak memasuki bh anda...dan maklumat asas sebegini perlu diketahui oleh ramai pemain dalam industri ini...bayangkan banyak cara telah kita buat dengan renovation untuk menyuruh burung walit ini memasuki bh dan bersarang tetapi tidak jugak memasukinya...last sekali baru kita dapat ketahui bahawa aturan tweeter luar yang silap sahaja...so anda telah membuang masa dan duit yang terlalu banyakkan...jadi maklumat asas sebegini perlulah diketahui k..

banyak bh yang burung tidak memasukinya hanyalah kerana faktor ini..kita perlu ketahui bahawa burung yang dapat ke bh kita adalah disebabkan oleh suara luar yang dimainkan tweeter tersebut disukainya...dan apabila ia terbang ke bh maka ia akan mencari punca suara tersebut dan akhirnya ia akan mencari tweeter luar tersebut...jadi cara penempatan tweeter luar tersebut haruslah betul agar burung yang datang tersebut dapat memasuki lubang masuk tersebut dengan mudah...cara jenis A menyebabkan burung yang datang hanya akan mencari dan mematuk tweeter tersebut dan kemudiannya terbang kembali....tetapi jika kita meniru cara jenis B iaitu tweeter tersebut diletak ditengah dan dibawah lubang masuk tersebut maka burung yang datang tersebut akan terbang melalui tweeter tersebut dan akan memasuki hingga ke dalam bh...ketika ini juga beberapa tweeter perlu diletakkan agar mampu mengeluarkan suara yang sama agar dapat memancing burung walit tersebut hingga ke nesting planks...cara ini sangat perlu dilakukan kerana memberikan kesinambungan suara tersebut secara berterusan...dan bukanlah apabila burung walit melepasi suara tersebut maka tiada tweeter yang menyambutnya....maka burung tersebut akan keluar masuk bh sahaja kerana suara yang diminatinya tersebut berada diluar sahaja dan apabila dimasuki bh tersebut tiada suara menyambutnya...maka justeru akhirnya burung tersebut akan keluar masuk bh sahaja atau hanya mengeliingi bh sahaja dan apabila jemu maka burung tersebut akan terbang lari mencari lokasi yang lain pula...cara ini tak salah jika anda mencuba k..tetapi jika bh anda sudah produktif dan banyak burung tidur maka kekal kanlah k..jangan dibuat renovation sangat...jadi layan je...hehehe

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Wednesday 25 May 2011

Shidey, Rumah Burung Saya Tidak Dimasuki Burung..Apa Yang Perlu Saya Buat???

ramai yang bertanyakan kepada saya mengenai hal ini...adakah perlunya lantik konsultan baru ek???

(gambar hiasan je ni)

tahukah anda kini 80 % rumah burung yang dibuat setiap hari gagal..hanya 20 % sahaja yang menjadi iaitu didiami dan dibuat sarang oleh burung walit...sedangkan kini setaip hari juga di semenanjung malaysia di anggarkan kira-kira hampir 30 hingga 40 buah rumah burung walit ini dibina setiap hari...jadi kalau setahun dan sebulan sudah berapa ek..dahsyat betul statistik itu...dan akibatnya perkara yang paling kita risaukan ialah kelak rumah burung walit ini lebih banyak daripada burung walit itu sendiri..hehehe..

Bagi yang gagal dalam tempoh membina rumah burung walit ini iaitu dalam tempoh 3 bulan pertama tiada langsung burung walit memasuki bh maka dinasihatkan janganlah terus berpikir hendak lantik konsultan baru pula yang kononnya akan bertindak sebagai penyelamat..dah bermacam-macam perkara yang saya dengar kini..kontraktor penyelamat pon akhirnya kene diselamatkan..hehehe..

Nasihat saya jika bh anda mempunyai masalah maka perbetulkan lah dengan sendiri...fikirkanlah seperti burung walit kenapa aku tidak suka mendiami bh ini...saya sarankan anda chek semula semua keperluan dalam bh anda...suhu, predator seperti lipas, cicak, kelawar dan sebagainya...aturan tweeter luar dalam dalam, suara luar dan dalam, tweeter panggilan burung turun ke bawah...lubang antara lantai dan sebagainya..buatlah kajian dan try n error sedikit..ada juga kadang-kadang kes rumah burung yang tidak dimasuki burung hanyalah disebabkan aturan tweeternya yang salah sahaja...tetapi kita yang tidak pernah mencuba repairnya sendiri terus lantik konsultan...tahukah jika anda tersilap melantik konsultan penyelamat ini maka anda terpaksa mengeluarkan sendiri pula bajet tambahan sehingga RM 5K hingga RM 20K pulak sebagai bayaran...banyak bende dipecahkan untuk dibuat seperti untuk burung mudah memasukinya...jadi anda bermula dengan zero lagi...lepas tu burung tetap tidak masuk macamne...rugi lagi...nak lantik lagi ke konsultan penyelamat cmni...kalau ada duit boleh sahaja tetapi jika sehingga 3 orang konsultan yang anda lantik tetap tidak berjaya membuat burung walit masuk dan tidur dalam bh anda maka kelak akhirnya anda akan frust dengan industri ini dan hanya akan bertindak untuk menjual sahaja bh tersebut ataupun give up terus dengan industri ini...

sebab itu ilmu perwalitan ini penting sekali...semuanya untuk memberikan anda mempelajari sendiri teknik-teknik yang betul...kalau tak betul pon try n eror sahaja kn...kosnya tidak lah sampi ribuan ringgit pon..jika anda membuat sendiri atau repair sendiri akan membolehkan anda mempelajari dan mula memahami mengenai industri ini..contohnya apa yang saya buatkan dulu iaitu renovation kecil dengan ilmu yang ada sedikit ini akhirnya berjaya membuahkan hasil..Alhamdulillah..sebebelum ini tingkat atas yang tiada burung sudi tidur kini telah ada yang bersarang dan yang akan membuat sarang...gambarnya akan sy postingkan kelak...

apapun, anda belajarlah membuat sendiri renovation tanpa kos yang tinggi ini..kadang-kadang tambah tweeter baru yang kuat, buang tweeter jenis lama dan tukar suara baru luar dan dalam serta aturan tweeter itu sudah memadai untuk mewujudkan bh yang produktif...di syorkan kepada anda diluar..pikirkanlah 2 atau 3 atau 4 atau 5 kali sebelum melantik konsultan penyelamat k..bukan apa takut kelek dia juga perlu diselamatkan...hehehe..kalau segala usaha dan tambah baik anda dh buat tetapi burung tidak masuk maka boleh lah anda melantik konsultan baru k..tetapi pastikan ianya yang terbaik dikalangan terbaik dan memenuhi syarat pelantikan konsultan yang sy gariskan dulu...hehee...anda buat anda dapat...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Cara-Cara Memaksimumkan Harga Jualan Sarang Burung Walit Anda...

BH anda sudah produktif dan mampu mengeluarkan hasil sehingga 2-3 kg sebulan??ingin menjualkannya terus seperti biasa?? fikir-fikirkanlah...hehehe

 jika anda sudah harvest sarang burung walit ini maka anda sememangnya ingin menjualnya dengan cepat bukan...ye lah inginkan duit setelah pelaburan lama dilakukan..tetapi jika anda menjual sarang burung yang belum diproses iaitu sarang yang mempunyai bulu melekat padanya maka sarang itu harganya di anggarkan mencapai harga RM 4K - RM5K sahaja untuk satu kilogram atau pun kira-kira 100 - 120 biji sarang burung barulan mencapai 1 kilo ini...tetapi jika anda menjual sarang burung yang telah disiap di proses pula harganya di anggrakan mampu mencapai kira-kira RM 7K - RM 9K untuk satu kilogram...emmm lumayan bukan...

tetapi tahukah anda proses untuk mencabut atau mencucu bulu atau semua jenis kotoran pada sarang burung walit ini memerlukan latihan yang sebetulnya...ye lah..satu sarang dianggarkan mampu di cuci kira-kira 30 minit hingga 1 jam atau lebih jugak lah bagi yang baru belajar mencuci...tetapi bagi yang dh expert atau seperti geng dalam gambar ini rasanya mereka mampu menghasilkan kira-kira 10-15 biji sehari siap dicuci sarang burung tersebut...sudah tentu hasil dan kualiti sarang burung tersebut akan meningkat bukan...Tetapi pada pendapat saya pula jika kita mempunyai banyak BH maka bolehlah kita mengupah orang untuk mencucinya bukan...jika ada satu sahaja bh dan hutang untuk mendirikan bh tersebut pun belum selesai lagi maka baik kita jual je terus kan walau pun belum dicuci...ye lah dah lama menunggu untuk harvest dan nk bayar utang tu...kalau dh setel semua itu step kedua perancangan bolehlah meniru seperti ini iaitu untuk industri mencuci sarang burung pula...secara tidak langsung kita akan membuka peluang pekerjaan di kawasan sekitar kan dan dapat membantu golongan ini yang hanya dapat bekerja berdekatn rumah sahaja...dalam mencari keuntungan golongan sebegini juga janganlah dilupa...tanggung jawab sosialkan...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Tuesday 24 May 2011

Humidifier Type Chicken Coop Masih Berbakti Dengan Baik Dalam BHku...

ramai kini telah menukar humidifier jenis baru..tetapi saya tidak??? jasamu masih lagi dikenang..

 ramai kini mencadangkan humidifier jenis baru iaitu yang berbentuk mist atau kabus sahaja dan hanya senyap apabila dipasangkan...tetapi entahlah saya masih lagi menyukai humidifier jenis lama ini..walalupun ramai yang mengatakan ianya bising tetapi bagi saya apabila suara dalam dimainkan maka bunyi daripada humifier ini akan kurang didengari dan mengganggu burung walit yang mendiami bh kita ini...

 malah faktor utama yang saya tidak menukarkan humidifier jenis ini adalah kerana burung walit yang menginap dalam bh saya dan membuat sarang serta membina koloninya adalah membesar dengan menggunakan humidifier jenis inilah..sehingga kini 1 tahun 4 bulan bh saya beroperasi humidifier jenis chicken coop ini tetap kuat lagi beraksi dan berjasa kepada saya..malah kebanyakkan burung walit dalam bh saya meminati jenis ini dan akan membuat sarang mereka berdekatan dengan humidifier jenis ini..anda lihatlah sendiri tahi burug walit tersebut yang tidak jauh dari humidifier ini...

ramai yang tidak suka humidifier jenis ini kerana iainya akan menyebabkan lantai tersebut basah...bagi saya pula lantai yang basah kadang mampu mengawal haba panas dengan lagi baik..kerana haba dan wap ini akan meresap dan dapat mengawal suhu dengan baik..malah apa yang saya peraktikkan menggunakan humidity jenis ini juga telah menunjukkan hasil...inagt tak dulu saya penah posting yang saya pernah buat minor renovation dengan sendiri pada awal tahun lalu di tingkat atas bh saya yang sebelum ini tiada langsung burung walit sudi mendiaminya...minggu lepas apabila saya memasuki bh selepas sebulan tidak memasukinya...alhamdulillah apa yang dibuat tersebut telah menjadi...kelihatan sebuah sarang baru telah disiapkan dan telah mempunyai kira-kira 5 nesting mark yang baru untuk burung bersarang...tapi sayang saya tidak sempat mengambil gambarnya kerana ketika itu tidak membawa kamera ketika memasuki bh...tapi bulan depan apabila saya measuki bh kembali sy akan mengambil gambarnya dan saya akan postingkan di sini agar kita dapt share bersama k..minor renovation tersebut juga turut mendapat bantuan daripada humidifier jenis chicken coop ni yang saya set kan timer untuk mengawal suhu di tingkat atas..alhamdulillah semua yang dirancangkan dengan sedikit ilmu pengetahuan dan kaedah try n error ini menjadi juga..tunggu posting saya bulan depan tentang kejayaan minor renovation yang lalu...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Design Rumah Burung Yang Unik

em kosnya boleh tahan gk lah ni...

em lihatlah design rumah burung ini...bahagian bawahnya rumah burung ini diduki oleh tuan punya bh ini..bahagian roving roomnya dibuat dengan design berbentuk half bulatan..bh ini dibuat di lokasi yang strategik iaitu di kawasan tanah pertanian..jika anda mendiami bh seperti pastikan rumah burung anda senantiasa bersih...bukan apap anda mendiami dibawahnya dan burung diatasnya...bimbang jika penyakit yang berpunca dari tahi burung walit ini mampu merebak dan mendatangkan penyakit yang boleh menganggu dan menjangkiti anda...jadi berhati-hatilah k..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Monday 23 May 2011

BH Yang Produktif Masih Memerlukan Penjagaan Yang Terbaik

jangan pandang atas sahaja...pandang juga dilantai-lantai bh ketika ini...

 wah banyak sungguh sarang burung ni...rezeki dari yang maha Esa..tetapi penjagaan juga penting

inilah yang dikatakan full house..semua nesting plank dipenuhi sarang burung je...malah di dinding juga penuh dengan sarang burung.

jadi apabila banyak sarang burung sebegini janganlah hanya dipandang ke atas sahaja...di bawah lantai juga perlu dipandang..bagi bh yang produktif beginilah keadaan lantainya yang mana dipenuhi dengan tahi burung walit sahaja...jika bh anda sebegini maka semua ini perlu dicuci atau keluarkan sedikit dari bh anda...walalupun kajian belum ada lagi mengatakan burung walit ini membawa penyakit bersamanya tetapi lebih baik mencegah daripada mengubati kan..harus juga diketahui tahi burung walit yang terlalu lama di atas lantai dan apabila sering lembap maka akan terjadinya ulat-ulat yang terjadi daripada hama-hama yang banyak membiak dalam tahi burung walit tersebut...jadi bimbang jika apabila kita memasuki bh maka akan mewujudkan keadaan tidak selesa kepada kita...jadi perancangan yang betul harus dilakukan dengan mengeluarkan tahi burung walit ini dari bh...atau pun anda sediakan sebuah tong yang besar untuk menempatkan tahi burung ini ataupun buangkan terus di pokok-pokok sekitar sebagi baja...ataupun untuk menambahkan pendapatan maka jual sahaja...di luar banyak pengusaha baru dalam industri ini yang tengah mencari fresh bird shit ini sebagai aroma dalam bh mereka...baik jualkan shaja dari membuang terus kan...jadi perancangan yang dilakukan harus diteliti dengan baik sebab ada juga sahabat yang mengatakan burung walit muda tidak akan mendiami bh kita jika kita membuang tahi-tahi burungnya...jadi pikir-pikirkanlah...pastikan perancangan yang betul...cara dengan memasukkannya dalam satu tong besar adalah cara terbaik rasanya...apapun anda buat anda dapat...layan je..hehehe

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Sunday 22 May 2011

Pemandangan Yang Sangat Menarik Untuk Dilihat Bagi Pemain Industri Perwalitan Ini

ermmm apa yang anda fikirkan???

gambar ini diambil oleh national geograpic...Subhanallah...jutaan burung layang-layang dan burung walit sedang bermain dan bermandi-manda di kawasan air terjun ini...air terjun yang turun laju ini menghasilkan mist yang sejuk je disekitar kawasan ini...jadi jutaan burung ini tidak melepaskan peluang yang terhidang ini...saban hari beginilah keadaannya di kawasan ini...rasanya di kawasan terdekat ini mempunyai gua tempat penginapan burung-burung ini..justeru natural environment sebegini janganlah kita musnahkan demi pembangunan yang mana susah dan tidak akan jadi  dibuat oleh manusia kelak apabila ianya dimusnahkan..rasanya sebab inilah burung walit dalam bh kita suka mist air humidity apabila ianya berfungsi..begitu indah sekali ciptaan Tuhan ini...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Saturday 21 May 2011

Cara-Cara Memilih Konsultan Rumah Burung Walit Yang Terbaik

kini ramai yang mengaku pakar membina rumah burung ini...tetapi anda percaya ke???

(gambar hiasan je ni)...

kini disebabkan pertumbuhan industri sarang burung yang bertambah pesat membangun kini maka ramai yang telah cuba mengambil peluang dan kesempatan dengan mengaku sebagai konsultan rumah burung yang hebat..hal ini terjadi kerana golongan ini akan dapat cekik darah dengan kononnya bh yang akan dibinanya ini berharga ratusan ribu ringgit dan tak cukup dengan ini berjanji pulak yang bh yang akan dibinanya ini akan dimasuki burung dan bersarang dengan cepat...tipu betol...untuk makluman anda burung walit memang akan memasuki bh anda selepas suara luar dimainkan...burung walit ini akan keluar masuk bh tetapi untk bersrang tidak pasti lagi kerana jika semua condition sesuai dengannya barulah ianya akan menetap dalam bh anda jika tidak larilah burung tersebut dan konsultant tersebut pula hanya akan mengatakan tunggulah-sabarlah nanti akan ada burung tidur dan bersarang..SEDANGKAN nak tunggu sarang apanya burung walit tiada pon yang sudi tidur dalam bh tersebut..tak cukup dengan itu setiap pagi dan petang tiada langsung burung walit yang bermain, berpusing kelililing bh dan keluar masuk bh DAN konsultant tersebut masih lagi menyatakan sabarlah dan tunggulah...jika ada macamni alamatnya...anda akan seperti Pungguk Rindukan Bulan (benda yang tak pasti)..Jadi, sebab itu jika ada yang ingin menceburi bidang perwalitan ini...shidey ingin berkongsi beberapa tips sedikit untuk memilih konsultan rumah burung yang terbaik..:

1) konsultan tersebut seharusnya mempunyai rumah burung sendiri yang telah mempunyai banyak sarang burung dan bukanlah hanya menceritakan kejayaan dan hanya menunjukkan bh orang lain sahaja..


2) konsultant tersebut harus faham dan mempunyai koleksi design-design rumah burung walit bukanlah  hanya pernah tengok sebuah bh dari luar sahaja dah boleh membinannya..


3) konsultan tersebut haruslah mempunyai blog, laman web ataupun buku pembacaan untuk menerangkan kajian-kajian terkini perkembangan industri ini dan mudah untuk dihubungi kelak jika mempunyai masalah..


4) konsultan tersebut mempunyai banyak koleksi suara luar dan dalam burung walit ini agar ianya dapat test dulu suara mana yang terbaik di lokasi tersebut bukan hanaya memakai satu suara sahaja untuk setahun...jika ada orang kata satu suara telah cukup maka anda mungkin akan ditipu.tahukah anda burung walit ini juga akan cepat jemu dengan satu suara sahaja..malah suara burung walit juga berlainan ketika musim tertentu seperti membiak, mengawan dan sebagainya..


5)Konsultan tersebut harus kenal apabila disebut pemain industri ini yang termashur samaada di Malaysia atau Indonesia dan bukanlah hanya mengenali industri ini tanpa kajian yang dibuat ataupun just menukarkan pekerjaan dari kontraktor rumah hendak jadi kontarktor rumah burung..so dh tentu fail..


6)Konsultan tersebut haruslah mengenal semua jenis equipment dalam rumah burung dari papan nesting planks hinggalah ke tweeter, aroma, humidity dan sebaganinya..dan apabila kita sebut je dia dah tahu...bukan apabila kita sebut je dia diam n buat-buat tau n terus kata yang tu tak bagus n yang ni tak bagus..kalau ada camtu nmpaknya dia cuba untuk mengurangkan kosnya dan untuk tambah untung kepadanya...emm may be anda boleh test je tanya pada diorg k...


7)Konsultan tersebut sebelum membina bh anda dia perlu test dulu lokasi tersebut sama ada sesuai ke tak..janganlah apabila datang melawat lokasi terus kata sesuai n burung banyak ni sedangkan belum test pon lokasi tersebut dengan alat kaji lokasi burung walit...kalau dia kata boleh je tanpa test reject je terus orang jenis ini...


8)Konsultan tersebut haruslah mendengar cakap anda dan akan bertindak membaiki segala equipment yang rosak sebelum usia bh mencapai 6 bulan seperti humidity tidak berfungsi atau rosak..keadaan dalaman bh masih lagi panas melebihi 30 celcius, bh kita bocor dan sebagainya..jika konsultan tersebut pada awalnya juga berkeras dan mahukan kita mendengar sahaja cakapnya maka anda mungkin akan mudah ditipu..

contoh equipment yang perlu ada dalam rumah burung walit..

contoh sekurang-kurangnya 4 buah amplifier untuk sesebuah rumah burung...

Justeru, dinasihatkan sebelum anda menceburi bidang ini dan ingin melantik konsultan maka buat lah perincian atau listkan benda-benda penting yang perlu ada dalam rumah burung anda dan pastikan konsultan tersebut menyenaraikan benda tersebut juga dalam bh anda...jika apa yang anda kaji itu penting dan dia kata tak penting maka sy nasihatkan ikutlah kata anda..kalau anda beli tak guna pon masih boleh simpankan dan anda boleh menggunakannya untuk kajian sendiri dalam bh anda apabila ditinggalkan konsultan kelak...tahukah anda konsultan yang membuat rumah burung paling lama akan bertahan untuk call dan tanya mengenai bh anda hanyalah dalam tempoh 1 tahun sahaja...melebihi tempoh itu andalah yang akan bertindak menjaga bh anda sendiri...jadi ketika ini pentingnya ilmu pengetahuan mengenai industri ini...Di sini anda boleh juga test soalan-soalan basic kepada bakal konsultant yang anda hendak lantik tersebut iaitu:

 berapa siaz sesuai rumah burung? suhu berapa yang sesuai untuk rumah burung? cmne nk buat kalau suhu dibawah 25 dan diatas 30 celcius ek? papan nesting plank jenis apa yang sesuai?berapa amplifier untuk sebuah rumah burung? berapa suara untuk sebuah rumah burung? berapa tweeter untuk sebuah rumah burung?jenis-jenis tweeter dalam rumah burung dan banyak lagi soalan... beratus-ratus soalan anda boleh menanya konsultan tersebut...TETAPI anda haruslah mempunyai semua jawapan tersebut dahulu k jika anda pun tidak tahu jawapan tersebut maka anda akan mempercayai semua jawapan konsultan tersebut atau dengan kata lainnya senanglah nak KELENTONG atau KENCING atau TIPU anda..huhuhuh...jika soalan yang dijawab tersebut meyakinkan maka anda bolehlah melantiknya...apapun anda yang membuat pilihan k..tepuk dada tanya hati..anda lantik anda yang dapat...hehehe..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Wednesday 18 May 2011

Sarang Burung Walit Pertamaku Semuanya Di Kawasan Sudut

kenapa perkara ini terjadi ek???? soalan standard yang sering ditanya kepada shidey....jadi jom kita layan soalan asas dalam industri ini.....zassss...


soalan begini banyak yang saya dapat dari email, meseg dan ada yang call saya untuk bertanya kenapa jadi begini ek??.gred sarang tersebut rendah ke???...kenapa burung walit tidak membuat sarang di kawasan nesting plank yang tiada sudut???dah letih hendak menjawah jadi saya postingkan lah hari ini agar semua orang yang baru dalam industri ini faham kenapa terjadinya sarang sudut dan kenapa burung tidak memilih sarang di kawasan terbuka...

Untuk makluman pemain industri ini yang baru atau pun yang tengah membuat kajian...kita perlu tahu apabila rumah burung yang dibina telah siap dan bunyi suara luar telah dimainkan..saban hari iaitu kemungkinan seminggu atau 2 minggu akan banyak burung walit bermain keluar masuk bh kita...hal ini kerana kebanyakkan burung yang datang tersebut hanya datang membuat tinjauan sahaja rumah burung kita dan semua burung yang datang tersebut telah mempunyai dan mendiami rumah burung walit masing-masing...jadi janganlah terkejut seterusnya burung akan kurang datang bermain di bh kita tidak seperti di awal pelancarannya..jarang sekali burung yang datang bermain di bh kita tersebut akan datang dan terus menetap dalam bh kita terutamanya burung dewasa..tetapi jika hal ini terjadi maka kita sememangnya seorang yang sangat bertuah..Syukur Alhamdulillah...

Sebenarnya jarang burung dewasa akan mendiami bh yang baru disiapkan  dan membuat sarang terus dalam bh kita..di sini apa yang kita perlu fokus dan target utama adalah burung walit muda yang akan bermain dalam bh kita...burung walit muda diketahui akan mencari bh atau mudah terpikat dengan suara dan keadaan dalaman bh yang disukainya..jadi jika bh kita telah berjaya menarik burung walit muda ini menginap dalam bh maka janganlah berharap seminggu atau sebulan terus ia akan bersarang...burung walit muda ini hanya kan bersarang apabila mencapai musimnya bertelur dan ketika ini ia akan mencari pasangannya untuk mengawan kemudiannya barulah akan bersarang untuk bertelur...

justeru, untuk sarangnya yang pertama burung walit muda ini akan memilih lokasi nesting planks di kawasan sudut seperti dalam gambar di atas untuk membuat sarang...hal ini kerana lokasi sudut tersebut menjadikan kawasan tersebut kurangnya gangguan untuknya membuat sarang..malah sudut 90 darjah ini akan memudahkannya untuk bersarang kerana hanya mengambil masa yang cepat untuk menyiapkan sarangnya..paling cepat hanya lah 3 minggu sahaja sarang di kawasan sudut ini untuk disiapkan berbanding kawasan terbuka yang memerlukan sebulan lebih untuk disiapkan..faham ke ni...hehehe...jadi janganlah risau kelak kerana apabila anak burung yang menetas ini jika ianya masih menyukai bh kita maka sarang yang dibuatnya kelak adalah tidak akan berjauhan dari sarang familinya ini..hal ini kerana sifat burung walit ini yang hidup berkelompok atau berkoloni...memang sarang di kawasan sudut ini grednya agak rendah Tetapi harganya di anggar kan RM 3,500 satu kilo...berbanding sarang sudut terbuka atau C cup penuh yang dianggarkan RM 4,500 di pasaran kini...emmm still lumayan kan...baik dari bertahun menunggu rumah burung walit kita kosong sahaja...jadi maklumat asas ini harap semuanya mula memahaminya...layan je..hehehehe

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Tuesday 17 May 2011

Pintu Pagar Automatik Untuk Lubang Masuk Burung Walit..

pernahkah anda terpikir cara ini???

adakah sarang burung walit dalam bh anda sudah melebihi 2 kilo ke atas???...anda risau dengan gangguan burung hantu ataupun pencuri yang memasuki bh anda melalui lubang masuk burung???..may be anda boleh meniru cara ini...cara ini sesuai digunakan jika lubang masuk rumah burung anda besar yang mana akan menjemput tetamu yang tidak diundang juga ke dalamnya...ramai taukey-taukey besar dalam industri ini yang telah meniru cara ini..

pagar automatik untuk lubang masuk burung walit ini sesuai digunakan dan menjadi penghadang bentuk ancaman luar...tetapi harus diingat lubang antara pagar ini perlu dibuat besar sedikit agar mampu memberikan keselesaan untuk burung walit terbang melaluinya...jika tidak burung walit akan takut untuk masuk dalam bh ini...ya lah takut tersangkut sayapnya kan...last-last kita hendak buat penghadang burung hantu tapi terus jadi penghadang burung walit tak boleh masuk..waaa mau rugi besar maa..bh jiran sebelah plk yang untung menerima burung walit kita masuk dalam bhnya berduyun-duyun...rezeki katanya...hehehe

pagar jenis ini selalunya dibuat dengan di set timer sekali..iaitu di set timer untuk tutup selepas burung walit sudah memasuki bh seperti pukul 8 atau 9 atau 10...tetapi selalunya ramai yang suka set nya pada pukul 9 kerana pada ketika ini burung walit telah semuanya pulang ke bh..jika di set awal contohnya pukul 7 petang maka pagar automatik ini akan menjadi penghalang utama untuk burung walit muda untuk memasukinya..jadi anda juga yang rugikan..selepas itu pagar ini juga di set timer kembali untuk buka kira-kira pukul 5.30 pagi...sebenarnya pagar jenis ini juga mempunyai negatifnya contohnya kepada burung walit muda.. anda perlu ketahui bahawa burung walit muda mempunyai sifat takut-takut sedikit dan kurang bersedia dengan ancaman sebegini yang menyukarnya mengikuti koloninya untuk memasuki bh dan akhirnya hanya akan berpusing-pusing sahaja di luar bh ataupun hinggap di luar bh sahaja ataupon ianya akan terbang ke bh bersebelahan yang mudah untuk dimasuki...emmm paln kita untuk mencegah predator lain tetapi cara yang kita buat ini menjerat diri kita kembali..mau rugi sesangat..jadi pikirkanlah cara yang terbaik dan buat lah perancangan yang teliti dahulu sebelum kita menirunya..anda buat-anda dapat...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Monday 16 May 2011

Sistem Kawalan Keselamatan Rumah Burung Walit Oleh ZulDesign

Keratan Akhbar 16 Mei 2011...

 emmm...kini disebabkan potensi harga sarang burung ini yang tidak pernah jatuh maka ramai pihak sudah berani untuk membuat design-design pencegahan rumah burung walit ini dari dicerobohi...lihatlah keratan akhbar ini...tak clear boleh zoooom kan k...bacalah dengan teliti...

seorang perekacipta anak malayu yang tersohor ini juga telah menemui minat untuk mencipta sistem kawalan keselamatan rumah burung walit ini...semuanya demi untuk membantu golongan bumiputera dan peminat industri ini agar mengambil berat soal keselamatan rumah burung yang kini mudah untuk dicerobohi...jadi bacalah dan zoommkan jika tidak clear k...just untuk share je ni...apapun boleh contact zuldesign ini sendiri jika anda berminat...sharing is caring...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Stand Alone BH : Mempunyai Risiko Yang Sangat Tinggi....

rumah burung anda berada jauh di tengah hutan atau ladang?..berjaga-jagalah...

 emmm lokasi bh ini sangat strategik sekali...jauh dari penempatan manusia...tetapi risikonya sangat dahsyat sekali...

si pencuri sarang burung ini akan sanggup melakukan apasahaja termasuk merosakan bh anda demi mendapt hasilnya...

(gambar hiasan ni)....bh yang berada jauh dari manusia maka memudahkan sang pencuri ini untuk memasukinya...malah jika bh anda mempunyai security yang ketat di pintunya maka pencuri ini tidak akan teragak-agak untuk memecahkan dinding bh anda seperti ini...

apa yang nak dihairankan segala bentuk bunyi dari tukul simen atau mesin gerudi sudah tentu tidak akan didengari oleh orangkan...ye lah bh jauh dari orang...jadi dapat memecahkan bh ini tanpa gangguan pun...

semuanyanya demi sarang burung ini...jadi anda akan dua kali rugi...dah lah sarang burung habis dicuri kemudinannya bh pula dirosakkan dengan teruk sekali...

jika bh anda seperti ini apabila anda datang untuk melawat bh ...emmm mau luluh hati melihatnya kan...semangat anda pun mungkin akan hilang terus je or mau kene sakit jantung cmni...

semuanya demi hasil sarang burung yang bernilai tinggi...

jadi anda akan rugi sesangat...justeru diingatkan jika bh anda jauh dari penempatan manusia maka disyorkan security ditingkatkan..bagi saya setakat dua lapisan dinding msih mampu ditembusinya...setakat kunci menggunakan mangga yang paling mahal pon masih mampu dimasukinya...setakat mempunyai security loceng yang kuat masih mampu ditembusinya...ye lah tiada sesiapa yang akan mendengar loceng tersebut kan...setakat pagar elektrik masih juga mampu dimasukinya...potong je lah kabel letrik ctu kan....jadi apakah cara yang terbaik untuk bh di lokasi seperti ini ek.....pada pandangan saya .jika bh anda sudah mampu mendapatkal hasil 2 kilo ke atas adalah dinasihatkan supaya anda mengupah sahaja seseorang untuk menjaganya...apalah nak dirisaukan upah pak guard tersebut sebulan RM 400-RM 600 berbanding pulangan hasil sarang burung kelak...jadi anda tidak akan rugikan...berbanding keadaan bh anda seperti ini yang akan menyebabkan anda gulung tikar je terus...dh la tu hutang pulak hendak bayar cmner..jadi anda buat anda dapat...pikirkanlah cara security terbaik demi pulangan hasil yang lumayan...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332