Saturday 21 May 2011

Cara-Cara Memilih Konsultan Rumah Burung Walit Yang Terbaik

kini ramai yang mengaku pakar membina rumah burung ini...tetapi anda percaya ke???

(gambar hiasan je ni)...

kini disebabkan pertumbuhan industri sarang burung yang bertambah pesat membangun kini maka ramai yang telah cuba mengambil peluang dan kesempatan dengan mengaku sebagai konsultan rumah burung yang hebat..hal ini terjadi kerana golongan ini akan dapat cekik darah dengan kononnya bh yang akan dibinanya ini berharga ratusan ribu ringgit dan tak cukup dengan ini berjanji pulak yang bh yang akan dibinanya ini akan dimasuki burung dan bersarang dengan cepat...tipu betol...untuk makluman anda burung walit memang akan memasuki bh anda selepas suara luar dimainkan...burung walit ini akan keluar masuk bh tetapi untk bersrang tidak pasti lagi kerana jika semua condition sesuai dengannya barulah ianya akan menetap dalam bh anda jika tidak larilah burung tersebut dan konsultant tersebut pula hanya akan mengatakan tunggulah-sabarlah nanti akan ada burung tidur dan bersarang..SEDANGKAN nak tunggu sarang apanya burung walit tiada pon yang sudi tidur dalam bh tersebut..tak cukup dengan itu setiap pagi dan petang tiada langsung burung walit yang bermain, berpusing kelililing bh dan keluar masuk bh DAN konsultant tersebut masih lagi menyatakan sabarlah dan tunggulah...jika ada macamni alamatnya...anda akan seperti Pungguk Rindukan Bulan (benda yang tak pasti)..Jadi, sebab itu jika ada yang ingin menceburi bidang perwalitan ini...shidey ingin berkongsi beberapa tips sedikit untuk memilih konsultan rumah burung yang terbaik..:

1) konsultan tersebut seharusnya mempunyai rumah burung sendiri yang telah mempunyai banyak sarang burung dan bukanlah hanya menceritakan kejayaan dan hanya menunjukkan bh orang lain sahaja..


2) konsultant tersebut harus faham dan mempunyai koleksi design-design rumah burung walit bukanlah  hanya pernah tengok sebuah bh dari luar sahaja dah boleh membinannya..


3) konsultan tersebut haruslah mempunyai blog, laman web ataupun buku pembacaan untuk menerangkan kajian-kajian terkini perkembangan industri ini dan mudah untuk dihubungi kelak jika mempunyai masalah..


4) konsultan tersebut mempunyai banyak koleksi suara luar dan dalam burung walit ini agar ianya dapat test dulu suara mana yang terbaik di lokasi tersebut bukan hanaya memakai satu suara sahaja untuk setahun...jika ada orang kata satu suara telah cukup maka anda mungkin akan ditipu.tahukah anda burung walit ini juga akan cepat jemu dengan satu suara sahaja..malah suara burung walit juga berlainan ketika musim tertentu seperti membiak, mengawan dan sebagainya..


5)Konsultan tersebut harus kenal apabila disebut pemain industri ini yang termashur samaada di Malaysia atau Indonesia dan bukanlah hanya mengenali industri ini tanpa kajian yang dibuat ataupun just menukarkan pekerjaan dari kontraktor rumah hendak jadi kontarktor rumah burung..so dh tentu fail..


6)Konsultan tersebut haruslah mengenal semua jenis equipment dalam rumah burung dari papan nesting planks hinggalah ke tweeter, aroma, humidity dan sebaganinya..dan apabila kita sebut je dia dah tahu...bukan apabila kita sebut je dia diam n buat-buat tau n terus kata yang tu tak bagus n yang ni tak bagus..kalau ada camtu nmpaknya dia cuba untuk mengurangkan kosnya dan untuk tambah untung kepadanya...emm may be anda boleh test je tanya pada diorg k...


7)Konsultan tersebut sebelum membina bh anda dia perlu test dulu lokasi tersebut sama ada sesuai ke tak..janganlah apabila datang melawat lokasi terus kata sesuai n burung banyak ni sedangkan belum test pon lokasi tersebut dengan alat kaji lokasi burung walit...kalau dia kata boleh je tanpa test reject je terus orang jenis ini...


8)Konsultan tersebut haruslah mendengar cakap anda dan akan bertindak membaiki segala equipment yang rosak sebelum usia bh mencapai 6 bulan seperti humidity tidak berfungsi atau rosak..keadaan dalaman bh masih lagi panas melebihi 30 celcius, bh kita bocor dan sebagainya..jika konsultan tersebut pada awalnya juga berkeras dan mahukan kita mendengar sahaja cakapnya maka anda mungkin akan mudah ditipu..

contoh equipment yang perlu ada dalam rumah burung walit..

contoh sekurang-kurangnya 4 buah amplifier untuk sesebuah rumah burung...

Justeru, dinasihatkan sebelum anda menceburi bidang ini dan ingin melantik konsultan maka buat lah perincian atau listkan benda-benda penting yang perlu ada dalam rumah burung anda dan pastikan konsultan tersebut menyenaraikan benda tersebut juga dalam bh anda...jika apa yang anda kaji itu penting dan dia kata tak penting maka sy nasihatkan ikutlah kata anda..kalau anda beli tak guna pon masih boleh simpankan dan anda boleh menggunakannya untuk kajian sendiri dalam bh anda apabila ditinggalkan konsultan kelak...tahukah anda konsultan yang membuat rumah burung paling lama akan bertahan untuk call dan tanya mengenai bh anda hanyalah dalam tempoh 1 tahun sahaja...melebihi tempoh itu andalah yang akan bertindak menjaga bh anda sendiri...jadi ketika ini pentingnya ilmu pengetahuan mengenai industri ini...Di sini anda boleh juga test soalan-soalan basic kepada bakal konsultant yang anda hendak lantik tersebut iaitu:

 berapa siaz sesuai rumah burung? suhu berapa yang sesuai untuk rumah burung? cmne nk buat kalau suhu dibawah 25 dan diatas 30 celcius ek? papan nesting plank jenis apa yang sesuai?berapa amplifier untuk sebuah rumah burung? berapa suara untuk sebuah rumah burung? berapa tweeter untuk sebuah rumah burung?jenis-jenis tweeter dalam rumah burung dan banyak lagi soalan... beratus-ratus soalan anda boleh menanya konsultan tersebut...TETAPI anda haruslah mempunyai semua jawapan tersebut dahulu k jika anda pun tidak tahu jawapan tersebut maka anda akan mempercayai semua jawapan konsultan tersebut atau dengan kata lainnya senanglah nak KELENTONG atau KENCING atau TIPU anda..huhuhuh...jika soalan yang dijawab tersebut meyakinkan maka anda bolehlah melantiknya...apapun anda yang membuat pilihan k..tepuk dada tanya hati..anda lantik anda yang dapat...hehehe..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

6 comments:

  1. Tempelan yang baik untuk diikuti. I Like.

    ReplyDelete
  2. bukan tempelan...just sharing is caring je...bila ramai sangat yang dok bertanya jadi saya post lah cara-cara mengenal konsultan rumah burung terbaik..hehe..

    ReplyDelete
  3. BETUL DAN SOKONG 100% BRO

    ReplyDelete
  4. sahabat semua....1 perkara lagi ada setengah konsultan tu mmg tahu perkara2 asas ni. Sblm bina.....fuhh dia punya janji manis....bleh kata semuanya manislah. Tp bila dah start kerja....alamak bikin tak serupa cakaplah.Bila tanya mcm2 alasan nak melepaskan diri. Pengajarannya....aggrement lengkap perlu ada jgn main aggrement air liur je. Kalau tak, sedap lah kena main ngan konsultan. W/pun sesama Islam.....dan Islam juga ajar ditulis perjanjian.

    ReplyDelete
  5. konsultan yang bagus adalah konsultan yang dah berpuluh tahun menceburi bidang ni. dia sendiri menuai 2-3kg sekali ambil. kdg2 seminggu sekali ambil utk saiz 20x40 3tingkat.
    ilmu bangunan walit ni sentiasa ada baru. suhu dalaman mencapai tahap 33 celcius... dah lama dah tapi apa kes burung tidak lari juga? mau juga bersarangnya.. dari segi teori dah tak betul tu dalaman nak 25-29c je.

    kena pecah masuk tak dpt nk kira dah. sekali kena pecah hamba allah yang mencuri sapu semua amp, sarang yang dianggarkan 200k nilainya.
    tapi tuhan maha kuasa, tidak sampai 5 bulan, tuhan ganti semula lebih dari apa yang kena curi.
    kita fikirkan sama2. saya tak berani cakap lebih atau buat telahan kerana sayapun tidak tahu apa amalan tuan punya bangunan tu.

    wallahu a'lam.

    ReplyDelete